UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Cabaran tadbir urus penyaluran perkhidmatan: Kes keganasan terhadap wanita


Ahmad, Noor Azizah and Abdul Hamid, Ahmad Shukri (2014) Cabaran tadbir urus penyaluran perkhidmatan: Kes keganasan terhadap wanita. In: UUM International Conference on Governance 2014 (ICG), 29th - 30th November 2014, Flamingo Hotel By The Beach, Pulau Pinang.

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (432kB) | Request a copy

Abstract

Tadbir urus(governance) seringkali melibatkan beberapa agensi yang bekerja bersama bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.Isu-isu berkait dengan jaringan (networking) dan kolaborasi antara agensi menjadi lebih penting untuk dibincangkan apabila matlamat yang ingin dicapai itu melibatkan usaha mengelakkan kemudaratan atau membantu individu yang memerlukan khidmat bantuan.Masalah yang ingin diketengahkan dalam tulisan ini ialahberkaitan fenomena keganasan terhadap wanita (violence against women) atau lebih umumnya keganasan domestik (KD) yang menunjukan peningkatan seperti yang dinyatakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Polis Diraja Malaysia.Penyaluran perkhidmatan bantuan kepada golongan ini cuba dipermudahkan dengan mewujudkan One Stop Crisis Centres (OSCC) yang melibatkan agensi-agensi seperti hospital, polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan.Oleh itu, khidmat yang disalurkan kepada golongan vulnerabel ini bergantung kepada sejauhmana mekanisme kolaborasi antara agensi terbabit boleh berfungsi untuk membantu mereka pada waktu krisis.Kertas kerja ini bertujuan mengupas aspek tadbir urus agensi-agensi yang terbabit dalam menyalurkan perkhidmatan kepada mangsa keganasan.Perbincangan dibuat berasaskan kajian kualitatif yang dilakukan dalam kalangan kakitangan dari agensi-agensi penyalur perkhidmatan dengan memfokuskan kepada cabaran-cabaran yang dihadapi.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN NO: 978-983-2078-95-1 Organizers: Institute for Governance and Innovation Studies (IGIS), College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) and University of Muhammadiyah Malang, Indonesia
Uncontrolled Keywords: Tadbir urus, jalinan hubungan, keganasan terhadap wanita, penyaluran perkhidmatan
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Noor Azizah Ahmad
Date Deposited: 21 Jan 2015 08:10
Last Modified: 21 Jan 2015 08:10
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/13140

Actions (login required)

View Item View Item