mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pampasan ganti rugi bagi kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia menurut undang-undang Islam dan Takaful

Mohd Khair, Siti Khadijah and Md Dahlan, Nuarrual Hilal and Abdul Wahab, Harlida (2014) Pampasan ganti rugi bagi kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia menurut undang-undang Islam dan Takaful. In: UUM International Conference on Governance 2014 (ICG), 29th - 30th November 2014, Flamingo Hotel By The Beach, Pulau Pinang.

[thumbnail of 67.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (429kB) | Request a copy

Abstract

Takaful merupakan suatu institusi yang turut membantu pelaksanaan sistem kewangan Islam di Malaysia.Di antara objektif penulisan ini ialah salah satunya untuk mengkaji konsep diyah dan dhaman di bawah Undang-undang Islam dan kesesuaian pemakaiannya di dalam takaful dalam kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia.Secara umumnya, kajian ini bertujuan untuk menghasilkan satu rumusan yang sesuai dan sewajarnya mengenai kemungkinan pelaksanaan diyat secara komprehensif khususnya berhubung kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia bagi menjamin keadilan kesemua pihak yang terlibat.Dalam melaksanakan sistem kewangan Islam, pelaksanaannya haruslah selaras dengan prinsip-prinsip Shariah yang telah digariskan di dalam Al-Quran dan Sunnah daripada segi matlamat dan operasinya.Secara praktikal, takaful masih menggunapakai prinsip ‘continental skill’ di bawah ‘common law’ dalam penilaian dan taksiran ganti rugi bagi ikhtisar kecederaan diri dan kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia.Bagi pemberian pampasan ganti rugi yang disediakan kepada mangsa yang mengalami kecederaan diri atau kematian akibat kemalangan jalan raya seharusnya berlandaskan prinsip diyat (denda ganti nyawa) iaitu sejumlah pampasan ganti rugi daripada pesalah yang akan dibayar oleh‘aqilahnya iaitu yang datang daripada keluarga pesalah dan dhaman di bawah undang-undang Islam.Akan tetapi, bagi penilaian dan kaedah yang digunapakai dalam pemberian ganti rugi menerusi operasi takaful masa kini perlu diharmonikan dengan prinsip diyat dan dhaman sesuai dengan perkembangan ekonomi dan kemajuan negara. Oleh yang demikian, suatu pendekatan yang boleh dibuat adalah bagi mengharmonikan pemakaian prinsip diyat dan dhaman di dalam pemberian pampasan ganti rugi bagi ikhtisar kecederaan diri atau kematian bagi kes-kes kemalangan jalan raya di Malaysia.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN NO: 978-983-2078-95-1 Organizers: Institute for Governance and Innovation Studies (IGIS), College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) and University of Muhammadiyah Malang, Indonesia
Uncontrolled Keywords: Takaful, Diyat, Dhaman, Ikhtisar Kecederaan Diri Dan Kematian, Pampasan Ganti Rugi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HG Finance
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Mdm. Siti Khadijah Mohd Khair
Date Deposited: 21 Jan 2015 08:15
Last Modified: 01 Jun 2016 02:27
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13143

Actions (login required)

View Item View Item