mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tadbir urus modal sosial dan pencapaian pendidikan pelajar desa sekolah menengah di Kedah

Yusoff, Noraniza (2014) Tadbir urus modal sosial dan pencapaian pendidikan pelajar desa sekolah menengah di Kedah. In: UUM International Conference on Governance 2014 (ICG), 29th - 30th November 2014, Flamingo Hotel By The Beach, Pulau Pinang.

[thumbnail of 69.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (510kB) | Request a copy

Abstract

Penyertaan dalam tadbir urus merupakan mekanisma hubungan manakala dalam konsep modal sosial penyertaan adalah dimensi modal sosial.Urus tadbir dalam pendidikan telah melalui pembaharuan dan turut melibatkan aspek modal sosial khususnya untuk meningkatkan pencapaian pendidikan pelajar sekolah.Kajian yang dilakukan ke atas 867 orang pelajar sekolah menengah di negeri Kedah ini telah dijalankan bagi tujuan menentukan bagaimana dimensi-dimensi modal sosial mempengaruhi pencapaian pendidikan menggunakan kaedah campuran berurutan kuantitatif dan kualitatif. Hasil kajian mendapati maklumat dan komunikasi mempunyai hubungan dengan pencapaian pendidikan pelajar sekolah menengah yang dikaji di negeri Kedah. Walau bagaimanapun perpaduan dan penyertaan sosialyang merupakan aspek penting dalam tadbir urus tidak mempunyai hubungan dengan pencapaian pendidikan pelajar.Implikasi dari fenomena ini dicadangkan supaya datuk bandar atau pentadbir di kawasan kerajaan tempatan turut terlibat dalam dasar dan program yang bertujuan meningkatkan pencapaian pendidikan.Dalam tempoh sepuluh tahun kebelakangan ini tadbir urus menjadi unsur penting dalam meningkatkan pencapaian pendidikan pelajar sekolah dengan menjadikan datuk bandar sebagai salah satu dari entiti yang mengawal daerah sekolah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN NO: 978-983-2078-95-1 Organizers: Institute for Governance and Innovation Studies (IGIS), College of Law, Government and International Studies (UUM COLGIS) and University of Muhammadiyah Malang, Indonesia
Uncontrolled Keywords: Tadbir urus, modal sosial, pencapaian pendidikan, pelajar, sekolah
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Dr. Noraniza Yusoff
Date Deposited: 21 Jan 2015 08:21
Last Modified: 21 Jan 2015 08:21
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13145

Actions (login required)

View Item View Item