mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan sokongan sosial dengan kualiti hidup pesakit diabetes

Suli, Supiah (2014) Hubungan sokongan sosial dengan kualiti hidup pesakit diabetes. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 23.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (878kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan yang wujud antara sokongan sosial dengan kualiti hidup pesakit diabetes yang tinggal di sekitar Selangor. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk melihat perbezaan faktor demografi seperti gender, tempoh menghidap diabetes, status perkahwinan dan umur terhadap kualiti hidup dan sokongan sosial di kalangan pesakit diabetes tersebut.Seramai 63 orang responden berusia 21 tahun ke atas terlibat dalam kajian ini. Penyelidikan ini menggunakan alat ujian Quality of Life Scale (QOLS) yang mengukur kualiti kehidupan dan alat ujian Social Support Questionnaire (Short Form) (SSQSR) yang mengukur sokongan sosial yang diterima.Data dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for Social Sciences (SPSS) Versi 16.0. Pengujian hipotesis dilakukan dengan menggunakan korelasi ujian t, dan ANOVA Satu Hala. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang signifikan antara kualiti hidup pesakit diabetes dan sokongan sosial yang diterima; kualiti hidup adalah berbeza mengikut tempoh menghidap diabetes dan umur pesakit; manakala bagi perbezaan sokongan sosial pula, hanya SSQ-N mengikut tempoh menghidap diabetes dan SSQ-S mengikut status perkahwinan yang berjaya dibuktikan mempunyai perbezaan yang signifikan. Namun begitu tidak wujud perbezaan antara kualiti hidup dengan gender dan status perkahwinan; antara sokongan sosial dengan gender dan umur; antara sokongan sosial dan SSQ-S bagi tempoh menghidap diabetes; dan antara sokongan sosial dan SSQ-N bagi status perkahwinan.Hasil kajian ini dapat membantu para kaunselor mempelajari lebih banyak lagi mengenai pesakit diabetes.Selain itu, program dan intervensi kaunseling yang bersesuaian dapat dilaksanakan bagi meningkatkan lagi kualiti hidup pesakit diabetes.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-80 rganized b: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: diabetes, sokongan sosial, kualiti hidup
Subjects: R Medicine > R Medicine (General)
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 28 Jan 2015 06:43
Last Modified: 26 May 2016 00:34
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13213

Actions (login required)

View Item View Item