mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penglibatan pelajar universiti terhadap aktiviti sosial dalam komuniti pada waktu senggang: Kajian perbandingan di Malaysia dan China

Jumat, Suzanah and Andi Maddukelleng, Andi Muhammad Yusuf and Omar, Muhamad Roslan and Awang, Mohd Mahzan and Ahmad, Anuar (2014) Penglibatan pelajar universiti terhadap aktiviti sosial dalam komuniti pada waktu senggang: Kajian perbandingan di Malaysia dan China. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 78.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan melihat tahap kekerapan penglibatan pelajar universiti terhadap aktiviti sosial dalam komuniti pada waktu senggang dengan membuat perbandingan antara pelajar Malaysia dengan China.Di samping itu, kajian ini juga melihat kepada faktor yang menjadi penyumbang kepada aktiviti sosial dalam komuniti pelajar. Kajian dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu pengumpulan data menggunakan satu set soal selidik yang melibatkan maklumat demografi, tahap kekerapan penglibatan dan faktor penglibatan pelajar dalam aktiviti. Seramai 80 orang pelajar yang terlibat dalam kajian ini yang melibatkan 40 orang pelajar dari Malaysia dan 40 orang dari China.Data yang diperoleh dianalisis berdasarkan penghuraian peratusan dan min dengan menggunakan perisian “Stastistical Packages For The Social Sciences” (SPSS) versi 21.Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan antara trend pelajar Malaysia berbanding pelajar China dari aspek yang dikaji iaitu tahap kekerapan dalam item menyertai aktiviti yang dikaji menunjukkan hampir keseluruhannya mencatatkan pada tahap kadang-kadang atau satu kali sebulan (kadang-kadang) kecuali pada aktiviti sukan dan rekreasi yang berada pada tahap kerap dengan 40% dan 45%.Sementara itu, pelajar China lebih tertumpu kepada aktiviti sukan dengan tahap kekerapan lebih empat kali sebulan 47.5%.Dari segi faktor penglibatan menunjukkan peratusan pelajar Malaysia lebih tinggi dengan 71.5% berbanding China 66%. Walaupun terdapat perbezaan tetapi ianya bukanlah perbezaan yang ketara yang ditunjukkan oleh sampel kedua-dua negara.Ini berkemungkinan di pengaruhi oleh dasar kerajaan, gaya hidup serta persaingan yang wujud dalam kalangan populasi di kedua-dua negara.Justeru itu, pihak pentadbiran kerajaan dan universiti haruslah lebih peka di dalam menyediakan aktiviti-aktiviti sampingan mahasiswa di dalam mengisi masa senggang mereka.Perancangan yang rapi mampu memberi kesan yang positif kepada mahasiswa serta menarik minat mereka untuk melaksanakan aktiviti tersebut

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: pelajar universiti, aktiviti sosial dalam komuniti, waktu senggang
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 01 Mar 2015 04:28
Last Modified: 19 May 2016 01:18
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13267

Actions (login required)

View Item View Item