mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengangguran dalam kalangan siswazah di Malaysia: Analisis trend 2000-2010

Andi Maddukelleng, Andi Muhammad Yusuf and Jumat, Suzanah and Awang, Mohd Mahzan and Kutty, Faridah Mydin (2014) Pengangguran dalam kalangan siswazah di Malaysia: Analisis trend 2000-2010. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 80.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan menganalisis pengangguran dalam kalangan siswazah di Malaysia sepanjang tempoh 10 tahun bermula tahun 2000 hingga 2010. Dasar kerajaan bagi mengurangkan pengangguran dalam kalangan siswazah merupakan agenda utama negara ke arah berpendidikan tinggi selaras matlamat Malaysia sebagai hub pendidikan serantau. Isu pengangguran merupakan masalah yang perlu ditangani oleh negara bagi memastikan kesejahteraan hidup golongan siswazah selepas bergraduasi mendapat pekerjaan di sektor kerajaan mahupun swasta. Kajian ini melibatkan siswazah di Malaysia dengan menggunakan data siri masa melalui Laporan Perangkaan Tenaga Buruh Siswazah 2011 dan Jabatan Statisitik Negara. Analisis trend dalam kajian ini merangkumi empat aspek pembolehubah pengangguran dalam kalangan siswazah iaitu jantina, etnik, kumpulan umur, bandar dan luar bandar.Pada tahun 2000 hingga 2010 menunjukkan pengangguran dalam kalangan perempuan lebih tinggi berbanding lelaki.Manakala dari aspek etnik, Bumiputera menunjukkan pengganguran lebih tinggi berbanding etnik Cina di tempat kedua, India ketiga diikuti etnik lain-lain. Peranan kerajaan, swasta dan Institusi Pengajian Tinggi perlulah seiring dalam melahirkan siswazah yang kompeten mengikut kehendak pasaran industri agar isu pengangguran dapat ditangani bersama secara kolektif bagi mencapai hasrat dan dasar kerajaan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: pengangguran, siswazah, trend, isu dan penyelesaian.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 01 Mar 2015 04:36
Last Modified: 12 May 2016 00:54
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13269

Actions (login required)

View Item View Item