mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Persepsi terhadap kecurangan: Satu kajian perbandingan di antara pelajar lelaki dan perempuan

Jarimal @ Safri, Norhamidah and Halik, Murnizam and Rathakrishnan, Balan and Mutang, Jasmine Adela and Latif, Risalshah and Che Latif, Azahar and Lajuma, Surianti (2014) Persepsi terhadap kecurangan: Satu kajian perbandingan di antara pelajar lelaki dan perempuan. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 92.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji perbezaan persepsi terhadap kecurangan mengikut jantina iaitu dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan.Kecurangan yang dikaji adalah berfokus kepada dua aspek iaitu kecurangan fizikal dan emosi.Aspek lain yang diteroka dalam kajian ini adalah persepsi individu terhadap faktor berlakunya kecurangan dalam hubungan, persepsi terhadap perasaan individu apabila berlaku kecurangan serta persepsi terhadap daya tindak yang dilakukan oleh individu jika berlaku kecurangan dalam hubungan.Seramai 191 orang (63 lelaki dan 128 perempuan) yang terdiri daripada pelajar prasiswazah di salah sebuah institut pengajian tinggi di Malaysia telah dijadikan sebagai responden kajian.Satu set soal selidik yang dibangunkan oleh Gallagher (2010) telah digunakan dalam kajian ini.Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan persepsi terhadap faktor berlakunya kecurangan dalam hubungan di antara pelajar lelaki dan perempuan.Namun demikian, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan dari aspek persepsi terhadap kecurangan fizikal dan emosi, perasaan yang dialami jika berlaku kecurangan dan daya tindak yang dilakukan jika berlaku kecurangan di antara pelajar lelaki dan perempuan.Implikasi penemuan dibincangkan dan hala tuju untuk kajian akan datang dinyatakan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: persepsi, kecurangan, pasangan, hubungan, gender
Subjects: H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 05 Mar 2015 03:02
Last Modified: 19 May 2016 01:14
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13280

Actions (login required)

View Item View Item