mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tuan Guru Nik Abdul Aziz: Pemikiran agama dan politik

Yusoff, Ismail (2015) Tuan Guru Nik Abdul Aziz: Pemikiran agama dan politik. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-0876-06-1

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: http://uumpress.com.my/

Abstract

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz bin Nik Mat ialah seorang pemikir yang multidimensi. Selain dikenali sebagai tokoh politik dan pendakwah, beliau juga disegani sebagai pentadbir yang berintegriti tinggi. Beliau dianggap sebagai model pemimpin Islam di Malaysia masa kini. Sebagai seorang tokoh pembaharuan dan intelektual Muslim, beliau mempunyai kesedaran yang tinggi dan keupayaan yang unik dalam meningkatkan fahaman dan pengamalan agama dalam kalangan masyarakat Islam, khususnya di negeri Kelantan. Pada hemat Nik Aziz, kemajuan masyarakat Islam hanya dapat dicapai melalui pemahaman Islam yang murni dan bebas daripada sinkretisme. Bagi PAS, beliau bukan sahaja Tok Guru yang memberikan nafas baru kepada parti yang hampir mati di bawah kepimpinan Mohd Asri Hj. Muda, tetapi juga Mursyidul Am, ideologue dan custodian kepada nilai-nilai ideologi parti tersebut.Ikon yang zuhud ini ialah tonggak kekuatan PAS.Beliau bukan sahaja berjaya melakukan perubahan dalam senario politik dalaman PAS, tetapi juga berhasil meningkatkan pengaruh PAS, terutama dalam kalangan kaum bukan Melayu.Melalui cara ini, beliau bukan sahaja berjaya mengubah landskap politik Malaysia ke arah masyarakat berpolitik yang berpengetahuan, bersumberkan ilmu yang menunjuk jalan, dan juga politik yang bebas daripada sentimen perkauman.Nik Aziz juga ialah tokoh pembaharuan dalam bidang pentadbiran.Pendekatan politik dan pentadbirannya yang berbentuk high politics dan menuju God-centricity ini adalah suatu pencapaian yang mengagumkan dalam sejarah Islam abad ke-20.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: School of Government
Depositing User: Dr. Ismail Yusoff
Date Deposited: 10 Jun 2015 13:01
Last Modified: 27 Feb 2017 01:31
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14406

Actions (login required)

View Item View Item