mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pandangan politik dalam Pilihan Raya Umum 2013: Kajian kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Awang Besar, Junaidi and Fauzi, Rosmadi and Ghazali, Amer Saifude (2014) Pandangan politik dalam Pilihan Raya Umum 2013: Kajian kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 20.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Sejarah perkembangan dan proses politik demokrasi di Kuala Lumpur telah bermula seawal tahun 1952 apabila berlangsungnya Pilihan Raya Municipal yang ketiga dan diikuti Pilihan Raya Perundangan Persekutuan 1955 berikutan inisiatif kerajaan British memberi peluang kepada pemimpin-pemimpin tempatan Tanah Melayu ke arah berkerajaan sendiri. Dari segi geopolitik, Kuala Lumpur, amat penting bagi mana-mana parti politik terutamanya yang memerintah kerana ia merupakan powerhouse negara di mana tempat letaknya Parlimen Malaysia dan menjadi lokasi cabang utama eksekutif dan kehakiman kerajaan Persekutuan sejak sekian lama. Wilayah ini menonjolkan budaya politik dan pola pengundian yang agak berbeza disebabkan faktor urbanisasi dan demografi penduduknya yang berbeza dengan negeri-negeri lain dan sekaligus menjadikan fokus kajian politik di Kuala Lumpur begitu menarik. Justeru, adalah menjadi tujuan penulisan kertas kerja ini untuk menganalisis persepsi politik pengundi di Kuala Lumpur seterusnya mempengaruhi pilihan politik mereka dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2013. Berdasarkan data soal selidik terhadap 1069 responden di 11 kawasan Parlimen dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kajian sekunder terhadap bahan-bahan akademik yang berkenaan didapati responden menyatakan mereka memilih calon yang jujur dan amanah serta mesra rakyat serta menyokong parti yang dapat memacu pembangunan dan membasmi kemiskinan. Mereka turut menyatakan rakyat menyokong BN kerana berpengalaman, janji ditepati serta mengenang jasa pemimpin BN terdahulu manakala rakyat mengundi parti-parti dalam Pakatan Rakyat kerana untuk mencuba pemerintahan yang baru, adil dan janji yang ditawarkan adalah menarik dan menguntungkan rakyat. Responden juga kritis terhadap isu-isu nasional seperti isu ekonomi, sosial dan politik namun mempunyai identifikasi politik yang jelas terhadap parti yang mereka sokong. Seterusnya majoriti responden Melayu dan India menyokong BN berbanding responden Cina yang menyokong parti-parti dalam Pakatan Rakyat dalam PRU 2013 yang lalu.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: sejarah, pilihan raya umum, budaya politik, pola pengundian, pemerintahan
Subjects: J Political Science > JA Political science (General)
Divisions: Centre for General Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 21 Jun 2015 07:04
Last Modified: 28 Apr 2016 02:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14537

Actions (login required)

View Item View Item