mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Sejarah pendidikan wakaf di Malaysia: Tinjauan literatur

Mohd Taib, Mohd Syakir and Mujani, Wan Kamal (2014) Sejarah pendidikan wakaf di Malaysia: Tinjauan literatur. In: 23rd International Conference of Historians of Asia 2014 (IAHA2014), 23 - 27 August 2014, Alor Setar, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of 30.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (729kB)

Abstract

Pendidikan adalah kunci untuk meningkatkan kualiti kehidupan manusia, tamadun dan kemajuan.Pada zaman yang makin pesat membangun dan keadaan negara yang sedang bergerak menuju ke arah negara maju pada tahun 2020.Pendidikan di Malaysia tidak terlepas menghadapi pelbagai isu pendidikan seperti bangunan sekolah yang telah usang dan ketinggalan zaman serta runtuh, anak-anak yang tidak berpelajaran dan keciciran daripada sekolah dan universiti kerana kos pembelajaran yang semakin tinggi dan mahal, harga buku yang mahal, pembelanjaan untuk pendidikan seperti asrama, yuran dan sebagainya sudah meningkat.Maka melihat keadaan yang semakin meruncing dan semakin gawat ini, Islam mempunyai jalan penyelesaian terhadap masalah pendidikan iaitu melalui jalan wakaf. Wakaf adalah instrumen pembiayaan Islam yang dilihat mampu dan boleh menjadi penyelesaian kepada masalah-masalah pendidikan di Malaysia. Umum mengetahui bahawa institusi pendidikan wakaf merupakan aset yang penting dalam pembangunan masyarakat Islam.Harta Wakaf bukan sahaja menyediakan peluang dan kemudahan kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan malah ia merupakan institusi yang menyediakan ruang untuk umat Islam melakukan amal kebajikan. Artikel ini cuba untuk menyoroti sejarah pendidikan wakaf di Malaysia meliputi konsep institusi pendidikan wakaf seperti definisi, sejarah, jenis dan kepentingan institusi pendidikan wakaf kepada perkembangan pendidikan di Malaysia, disamping melihat peranan wakaf dalam pembangunan pendidikan dan cadangan-cadangan yang perlu dilakukan supaya wakaf ini mampu menjadi penyelesaian kepada masalah-masalah pendidikan serta cadangan kajian untuk menganalisis persepsi dalam memberi pemahaman kepada masyarakat terhadap wakaf pendidikan tinggi di Malaysia.Kesimpulan mendapati bahawa Malaysia mempunyai sejarah wakaf pendidikan sejak dahulu lagi.Aset wakaf dan berpotensi besar untuk dibangunkan.Aset wakaf yang pelbagai seperti bilangan tanah wakaf, wakaf bangunan dan sebagainya. Dengan potensi yang sangat besar ini, jika ia diuruskan dan ditadbir dengan baik, saksama, professional serta boleh dipercayai akan memberikan impak yang besar terhadap wakaf pendidikan tinggi negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-967-0474-78-6 Organized by: Universiti Utara Malaysia and Malaysian Historical Society (Persatuan Sejarah Malaysia).
Uncontrolled Keywords: Pendidikan, Institusi, Tamadun, Sejarah, Wakaf,
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
L Education > LA History of education
Divisions: School of International Studies
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 22 Jun 2015 00:42
Last Modified: 23 May 2016 03:09
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14547

Actions (login required)

View Item View Item