mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Mengandung anak tak sah taraf : Kajian kes di Daerah Kubang Pasu, Kedah

Md Dahlan, Nuarrual Hilal and Ahmad, Abd Ghani (2015) Mengandung anak tak sah taraf : Kajian kes di Daerah Kubang Pasu, Kedah. In: 8th UUM International Legal Conference 2015, 25-26 August 2015, Bandung Indonesia.

[thumbnail of Men.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (831kB) | Request a copy

Abstract

Gejala hamil luar nikah di kalangan remaja telah menjadi isu besar dan sukar dibendung lagi. Pengaruh media sosial, pergaulan bebas dan kurang didikan agama di kalangan ibu bapa antara punca remaja hamil luar nikah.Keluarga merupakan pelindung utama dalam pembentukan sahsiah dan kesejahteraan psikologi golongan remaja agar tidak terpengaruh dengan masalah sosial yang tidak terkawal.Mengandung dan melahirkan anak tak sah taraf dalam usia muda telah menimbulkan keresahan kepada remaja tentang bagaimana untuk 'menyelamatkan' anak tersebut daripada pengetahuan umum.Pelbagai isu dan masalah yang menyelubungi perasaan mereka sama ada ingin memelihara sendiri anak tersebut atau menyerahkan sahaja kepada keluarga angkat.Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui sejauhmanakah penerirnaan remaja hamil luar nikah dan keluarga terhadap anak tersebut.Kajian ini berbentuk kualitatif berdasarkan kajian-kajian terdahulu menerusi pelbagai buku, jurnal dan dokumen yang membincangkan isu remaja hamil luar nikah.Kaedah tinjauan telah digunakan untuk mengenalpasti pandangan para responden tentang penerimaan mereka terhadap kelahiran anak tak sah taraf.Pengumpulan data diperoleh dengan menggunakan metod temubual berstruktur yang menjadi asas utama dalam kajian ini.Analisis perbandingan telah dilakukan terhadap data yang dikumpul dan dikategorikan kepada lima isu penting sama ada bersifat positif atau negatif dan sama ada terdapat persamaan atau perbezaan dari aspek penjagaan, pendidikan, pengurusan dan kebajikan, emosi dan perasaan serta akhlak dan perubahan sikap remaja tersebut. Hasil kajian mendapati bahawa remaja dan ahli keluarga mereka boleh rnenerima kelahiran anak tak sah taraf dan bersifat positif tentang kepentingan menjaga anak tersebut.Terdapat persamaan antara mereka dari aspek pendidikan, pengurusan dan kebajikan, emosi dan perasaan serta akhlak dan perubahan sikap. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan dari aspek penjagaan anak tersebut iaitu ada di antara remaja dan ahli keluarga sanggup memelihara sendiri dan sebaliknya ada yang menyerahkan kepada keluarga angkat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0910-03-1 Organized by: Pusat Pengajian Undang-undang, School of Law, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Remaja; Pergaulan Bebas; Hamil Luar Nikah; Anak Tak Sah Taraf; Keluarga Angkat
Subjects: K Law > K Law (General)
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof Dr Nuarrual Hilal Md Dahlan
Date Deposited: 15 Sep 2015 06:32
Last Modified: 15 Sep 2015 06:32
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/15471

Actions (login required)

View Item View Item