mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

"Youtube" dan generasi muda Islam: Satu pendekatan kelompok fokus dalam kalangan pelajar universiti

Aripin, Norizah and Ismail, Awan and Ishak, Mohd Sobhi and Abdul Rahman, Nik Adzrieman and Madon, Mot and Abdul Rahman, Mohd Nizho and Mustaffa, Mohd Faisal (2015) "Youtube" dan generasi muda Islam: Satu pendekatan kelompok fokus dalam kalangan pelajar universiti. In: International Conference on Media & Communication (MENTION2015), 5-6 October 2015, RHR Hotel @ UNITEN, Bangi.

[thumbnail of Norizah.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (326kB) | Request a copy

Abstract

“YouTube” merupakan laman web paling popular dan meluas penggunaannya yang memberi ruang kepada pengguna memuat naik pelbagai jenis video.Kini, pelbagai video berkonsepkan maklumat berkaitan Islam telah disebar luas dalam “YouTube” berdasarkan sambutan dan trend kehidupan masyarakat moden dewasa ini terutama generasi muda.Objektif kertas kerja ini adalah untuk mengenal pasti jenis maklumat keagamaan yang dilayari dalam “YouTube”.Metodologi kajian ini menggunakan metodologi kualitatif.Pendekatan yang digunakan adalah temubual kumpulan fokus terhadap empat kumpulan yang terdiri daripada 31 pelajar Universiti Utara Malaysia beretnik Melayu dan beragama Islam serta mempunyai pelbagai latar belakang pendidikan agama.Soalan yang dikemukakan kepada pelajar berbentuk soalan terbuka dan analisis kajian ini menggunakan analisis tematik. Hasil kajian mendapati bahawa lapan informan sesi 1 melayari “YouTube” maklumat agama Islam berkaitan hukum-hukum dalam Islam, ceramah, tokoh-tokoh Islam, isu-isu semasa, solat dan tanda-tanda kiamat. Empat informan sesi 2 melayari “YouTube” berkaitan maklumat ceramah, zikir dan solat. Informan sesi 3 pula selalu melayari “YouTube” berkaitan sejarah Islam termasuk kisah-kisah nabi, isu-isu semasa, hukum-hukum dalam Islam, ceramah dan soal jawab agama di samping bahan-bahan mirip berbentuk hiburan seperti nasyid dan kartun berunsurkan Islamik. Tujuh informan sesi 4 melayari “YouTube” berkaitan maklumat hukum-hukum dalam islam, tajwid al-quran, motivasi, ceramah, isu-su semasa, ilmu perbandingan agama, zikir, di samping bahan-bahan mirip berbentuk hiburan seperti nasyid berunsurkan Islamik.Berdasarkan hasil kajian ini didapati bahawa maklumat berbentuk pendidikan dan hiburan merupakan jenis maklumat “YouTube” yang dilayari oleh generasi muda Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-983-2795-32-2
Uncontrolled Keywords: YouTube, Jenis Maklumat Keagamaan dan Generasi Muda
Subjects: T Technology > T Technology (General)
Divisions: School of Multimedia Technology & Communication
Depositing User: Dr. Norizah Aripin
Date Deposited: 18 Oct 2015 06:39
Last Modified: 27 Apr 2016 01:23
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/15789

Actions (login required)

View Item View Item