mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Memperkayakan pengalaman keusahawanan pelajar melalui koperasi

Zainal Abidin, Faudziah and Bakar, Habshah and Mahyuddin, Rafidah (2013) Memperkayakan pengalaman keusahawanan pelajar melalui koperasi. In: Conference on Business Management Research 2013, December 11, 2013, EDC, Universiti Utara Malaysia, Sintok.

[thumbnail of 36.pdf]
Preview
PDF
Download (822kB) | Preview

Abstract

Kajian menunjukkan bahawa pendedahan awal kepada pengetahuan dan kemahiran keusahawanan dianggap amat penting dalam membangunkan pelajar agar menjadi usahawan yang berjaya.Dikenali sebagai sebuah universiti yang menawarkan berbagai bidang pengurusan dan perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM) mengadakan pelbagai inisiatif dalam pendidikan keusahawanan kepada pelajarnya.Antara program yang diperkenalkan adalah (i) program pengajian Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan dengan Kepujian yang ditawarkan oleh School of Business Management, (ii) program pengajian Ijazah Sarjana Teknopreneur, (iii) modul-modul Ko-Keusahawanan yang ditawarkan sebagai pilihan dalam memenuhi komponen ko-kurikulum yang perlu diambil sebagai memenuhi syarat graduasi setiap semua pelajar UUM, dan (iv) kursus Asas Keusahawanan yang dijadikan sebagai kursus asas university dan oleh itu perlu diambil oleh setiap pelajar UUM sebagai memenuhi syarat graduasi.Program Siswaniaga adalah salah satu program yang turut diperkenalkan sebagai platform untuk para pelajarnya mengendalikan perniagaan mereka semasa di kampus. Namun demikian, masalah yang dihadapi oleh peserta program ini mendorong pihak universiti mewujudkan satu bentuk konsortium yang kini dibangunkan sebagai satu koperasi. Kertas ini melaporkan status semasa inisiatif UUM tersebut, iaitu koperasi pelajar yang dinamakan sebagai Koperasi Siswa (KoSiswa). Koperasi Siswa telah diperkenalkan di seluruh negara dan kertas ini membawa perbincangan awal berkaitan koperasi siswazah secara amnya dan KoSiswa secara khususnya di UUM.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by: School of Business Management, College of Business, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Koperasi, perniagaan pelajar, pendidikan keusahawanan, mahasiswa
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Prof. Madya Dr. Faudziah Zainal Abidin
Date Deposited: 10 Dec 2015 07:15
Last Modified: 19 Apr 2016 03:57
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/16391

Actions (login required)

View Item View Item