mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Gerai atau premis: Pengaruh medium untuk mengurangkan ketidakpastian dalam keputusan pembelian

Mohamad, Noraihan and Ishak, Mohd Sobhi (2015) Gerai atau premis: Pengaruh medium untuk mengurangkan ketidakpastian dalam keputusan pembelian. In: International Conference on Social Sciences 2015 (ICOSS2015), 27-28 August 2015, Rainbow Paradise Beach Resort, Penang.

[thumbnail of Abstract]
Preview
PDF (Abstract)
Download (19kB) | Preview

Abstract

Berpandukan kepada Teori Kekayaan Media, kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh jalinan antara medium sebagai elemen yang dapat mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman pengguna mengenai produk perkomputeran yang akhirnya mempengaruhi keputusan pembelian mereka di gerai jualan dan premis perniagaan.Fokus diberikan kepada elemen risalah, media sosial, rakan-rakan, perniagaan alternatif dan perniagaan sasaran sebagai medium maklumat yang akan menjelaskan ketidakpastian pengguna tentang harga, jenama, kualiti, jaminan, fungsi dan reka bentuk produk. Kajian tinjauan keratan rentas dijalankan melalui edaran borang soal selidik terhadap 75 orang pengguna yang membeli produk perkomputeran di gerai jualan dan premis perniagaan.Analisis deskriptif menunjukkan jalinan antara risalah, perniagaan sasaran dan perniagaan alternatif adalah medium utama yang dapat mengurangkan ketidakpastian pengguna mengenai produk di gerai jualan.Manakala jalinan antara rakan-rakan, media sosial dan perniagaan sasaran menjadi keutamaan pengguna yang membeli di premis perniagaan. Kesimpulannya, wujud pengaruh antara jalinan pelbagai media dengan keputusan pembelian pengguna sama ada di gerai jualan atau premis perniagaan iaitu melalui maklumat-maklumat yang dapat mengukuhkan pengetahuan dan kefahaman pengguna mengenai produk.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Teori Kekayaan Media; Jalinan media; Keputusan pembelian.
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Dr. Mohd Sobhi Ishak
Date Deposited: 11 Jan 2016 07:05
Last Modified: 27 Apr 2016 06:48
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/16886

Actions (login required)

View Item View Item