mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penilaian pengajaran berasaskan web: Satu kajian kes di SMK Seri Mahawangsa

Saad, Norazlinda and Sankaran, Surendran (2013) Penilaian pengajaran berasaskan web: Satu kajian kes di SMK Seri Mahawangsa. In: National Case Study Conference 2013, June 20th until June 22nd, 2013, Le' Meridien Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

[thumbnail of 9i.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy
Official URL: http://ncsc.uum.edu.my/

Abstract

Pengajaran Berasaskan Web dibangunkan untuk membantu pengajaran guru dalam meningkatkan pemahaman pelajar dalam mata pelajaran ICT Literacy.Dengan adanya laman web, para pelajar bukan sahaja boleh mendapatkan maklumat yang diperlukan malah ia juga boleh dijadikan sebagai bahan rujukan yang fleksibel.Dalam ha1 ini, Rapid Prototyping Model telah digunakan sebagai asas dalam mereka bentuk dan menilai laman web.Populasi kajian ini adalah pelajar-pelajar yang mengambil mata pelajaran ICT Literacy dan guru-guru yang mengajar mata pelajaran ICT Literacy di SMK Seri Mahawangsa.Sampel kajian bagi penilaian satu dengan satu ialah tiga orang pelajar Tingkatan 2 dan seorang guru.Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik dan temu bual yang dijalankan.Secara keseluruhannya, reka bentuk informasi atau strategi pembelajaran yang digunakan di dalam sistem pembelajaran menggunakan laman web berjaya membantu para pelajar memperoleh dan mengorganisasikan pengetahuan pengguna.Hasil dapatan menunjukkan bahawa pelajar memahami isi pelajaran yang ingin disampaikan.Ini menjelaskan bahawa sistem pembelajaran menerusi web ini telah berjaya dibangunkan dan dinilai menerusi penilaian format Proses mereka bentuk pembangunan laman web ICT Literacy yang berasaskan prinsip-prinsip pembelajaran teori konstruktivisme diharap dapat membantu pengguna dalam menambah pengetahuan dan membentuk satu proses pembelajaran yang bermakna.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by: Universiti Utara Malaysia & Universiti Malaysia Sabah
Uncontrolled Keywords: ICT, Web, Literasi, Prototaip Model, Penilaian
Subjects: L Education > L Education (General)
T Technology > T Technology (General)
Divisions: College of Arts and Sciences
Depositing User: PM Dr. Norazlinda Saad
Date Deposited: 10 Feb 2016 08:15
Last Modified: 10 Feb 2016 08:15
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/17122

Actions (login required)

View Item View Item