mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pembentukan model hisbah akhlak dalam pendidikan al-amr bi al-ma'ruf wa al-nahy an al-munkar

Makhsin, Mardzelah and Ilias, Mohamad Fadhli (2014) Pembentukan model hisbah akhlak dalam pendidikan al-amr bi al-ma'ruf wa al-nahy an al-munkar. In: 4th International Conference and Exhibition on Islamic Education 2014 (ICIEd2014), 31st May to 2nd June 2014, Kota Bharu, Kelantan, Malaysia.

[thumbnail of ICIED 2014 867-874.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (573kB) | Request a copy

Abstract

Hisbah merupakan suatu sistem kawalan yang melibatkan proses pengawasan menyeluruh meliputi aspek dalaman dan luaran dalam usaha memastikan al-amr bi al-ma '1wf wa al-nuhy an-al-munkar dilaksanakan.Proses ini amat penting dalam membina sahsiah manusia terutamanya dalam peringkat awal remaja yang sering berhadapan dengan krisis identiti diri dan mudah te jerumus ke dalatn gejala-gejala sosial yang tidak sihat.Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti kolerasi hisbah kendiri, pengaruh hisbah sosial dan penghayatan akhlak yang melibatkan murid tingkatan empat di Malaysia.Kaedah kajian berbentuk kuantitatif dengan penyelidikan tinjauan melalui soal selidik.Kajian ini melibatkan analisis kolerasi dan analisis sumbangan.Analisis kolerasi menggunakaa ujian korelasi pearson menjelaskan bahawa terdapat hubungan yang signifikan yang sangat tinggi antara hlsbah kendiri (r=0.733, p<0.01) dengan penghayatan akhlak murid.Manakala analisis sumbangan melalui ujian regrasi menunjukkan hisbah kendiri menyumbang sebanyak 74.3% terhadap penghayatan akhlak murid sekolah menengah di Kedah. Dapatan kajian yang diperoleh dalam kajian ini memberikan gambaran awal bahawa hisbah yang berteraskan kepada pematuhan perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya, mempengaruhi penghayatan akhlak murid dalam usaha mencapai ketenangan diri melalui penyucian dengan membersihkan hati, menajamkan akal, menyuburkan rohani, menundukkan nafsu, menenangkan jiwa dm membentuk tingkah laku berakhlak mulia.Hasil daripada kajian ini juga membentuk modul Hisba intelligences yang melibatkan enarn komponen kawalan dalaman yang penetapan hati (musyaratah), pemerhatian tingkah laku (muraqabah), perhitungan amalan (muhasabah), peneguhan rohani (muaqabah), penentangan nafsu (mujahadah) dan pembersihan jiwa (muatabah). Elemen tersebut digunakan sebagai amalan yang digunakan sebagai kawalan emosi khususnya dalam meningkatkan spiritual murid.Modul ini memberi implikasi secara langsung dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada usaha mendidik secara berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasrnani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-10160-0 Organized by: Association of Malaysian Muslim Intellectuals (PIMM)
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: PM Dr. Mardzelah Makhsin
Date Deposited: 17 Apr 2016 06:15
Last Modified: 11 Nov 2020 08:16
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/17916

Actions (login required)

View Item View Item