mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Multidimensi pemikiran sasterawan Kedah

Abadi, Zaidin and Budiman, Hasan Baseri (2016) Multidimensi pemikiran sasterawan Kedah. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-0876-66-5

Full text not available from this repository.

Abstract

Multidimensi Pemikiran Sasterawan Kedah ialah hasil kajian dan tulisan yang bernas oleh para pengkaji dan pengkritik sastera terhadap Sasterawan Kedah.Lalu dengan gerak kerja yang berwawasan, buku ini telah diusahakan dengan harapan apabila diterbitkan akan dapat menyumbang kepada khazanah sastera di Malaysia amnya dan di Kedah khususnya.ASASI berharap agar buku ini ini boleh menjadi titik penyambung kepada usaha mengangkat darjat sastera Kedah dalam suatu bentuk pemikiran yang terangkum dalam situasi yang cukup khusus untuk dikongsi bersama oleh para peminat sastera di seluruh tanah air.Bahan-bahan sastera Kedah seperti ini boleh dianalisis oleh ramai pengkaji untuk mengupas dan mengungkap pemikiran-pemikiran hebat Sasterawan Kedah sebagai karya berfalsafah serta boleh dianggap sebagai suatu dokumen sejarah pemikiran dan falsafah orang Kedah boleh dianggap sebagai suatu dokumen sejarah pemikiran dan falsafah orang Kedah.Hal ini kerana, sesungguhnya sejarah sastera itu sendiri adalah sejajar dengan cerminan sejarah pemikiran masyarakat penulisnya, ia bersesuaian dengan matlamat ASASI agar Sasterawan Kedah terus menjadi pemangkin kepada peradaban sastera nasional.

Item Type: Book
Subjects: P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
Divisions: UUM Press
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 20 Jul 2016 08:05
Last Modified: 20 Jul 2016 08:05
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/18406

Actions (login required)

View Item View Item