mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Perniagaan rentas sempadan: Faktor mendorong dan menolak penglibatan usahawan wanita di Pasar Besar, Padang Besar, Perlis Malaysia

Syed Ibrahim, Sharifah Sofiah 'Atiqah and Yusof, Rohana and Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah (2013) Perniagaan rentas sempadan: Faktor mendorong dan menolak penglibatan usahawan wanita di Pasar Besar, Padang Besar, Perlis Malaysia. In: International Conference on Asean Women (ICAW2013), 10th-12th December 2013, Bandung, Indonesia.

[thumbnail of ICAW 2013 1-12.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (353kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini memfokuskan faktor-faktor yang mendorong dan menolak peniaga wanita menjalankan perniagaan barangan industri kecil di Pasar Besar, Padang Besar, Malaysia.Soalan yang berkaitan faktor yang mendorong peniaga wanita menjalankan perniagaan di Padang Besar meliputi 10 item iaitu mengenai keadaan tempat perniagaan, persaingan antara peniaga di tempat perniagaan, persepsi pengguna ke atas barangan dari Thailand, peluang perniagaan di Padang Besar, fasiliti mengimport barangan ke Malaysia, masalah kadar pertukaran matawang, persepsi pengguna ke atas makanan Thailand, tahap keselamatan barangan dan keluarga, kelebihan menjual barangan Thailand di Malaysia. Soalan mengenai faktor yang menolak peniaga ke Malaysia berjumlah 8 item iaitu kadar keuntungan jualan barangan, keadaan tempat perniagaan, masalah persaingan perniagaan antara pemodal besar dan kecil, situasi pasaran barangan, kadar upah, masalah persaingan antara peniaga yang berlainan etnik dan mengenai rakan kongsi perniagaan. Padang Besar, Perlis yang merupakan bandar sempadan antara Negara Malaysia dan Thailand. Bentuk persampelan adalah persampelan rawak, sebanyak 78 responden di ambil dari 200 jumlah peniaga.Teknik analisis deskriptif dijalankan ke atas maklumat kajian. Hasil kajian menunjukkan kebanyakan peniaga di bandar Padang Besar adalah wanita dari Thailand iaitu dari wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala.Faktor yang mendorong mereka berniaga di Padang Besar adalah kerana tempat perniagaan yang disediakan selesa, dan mendapat kadar keuntungan yang lebih tinggi.Manakala faktor yang menolak mereka untuk ke Padang Besar ialah keadaan tempat berniaga yang selesa dan barangan jualan dapat dijual pada harga yang lebih tinggi. Terdapat bantuan modal dalam kalangan peniaga wanita Pattani

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: E-ISBN: 978-967-111113-4-5 Organized By: Northern Corridor Research Centre, Universiti Utara Malaysia, Pusat Studi Wanita Universiti Islam Bandung & School Of Government Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
H Social Sciences > HQ The family. Marriage. Woman
Divisions: School of Law
Depositing User: Mrs. Sharifah Sofiah 'Atiqah Syed Ibrahim
Date Deposited: 14 Aug 2016 07:12
Last Modified: 14 Aug 2016 07:12
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/18546

Actions (login required)

View Item View Item