mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan sisa di tapak bina: Kajian kes di BDB Synergy Sdn. Bhd.

Ab Kadir, Muhammad Hafiz and Hami, Norsiah (2015) Pengurusan sisa di tapak bina: Kajian kes di BDB Synergy Sdn. Bhd. In: Symposium on Technology Management and Logistics (STMLGoGreen), 8-9 December 2015, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of STML Go Green 2015  33-40.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (379kB) | Request a copy

Abstract

Industri pembinaan merupakan industri yang semakin berkembang pesat di Malaysia. Malangnya, perkembangan industri ini telah menyumbang kepada peningkatan jumlah bahan sisa pembinaan di Malaysia. Pengurusan sisa secara mampan dengan mengamalkan kaedah 3R (Reduce, Reuse, Recycle) di tapak pembinaan sangat penting untuk mengelakkan atau mengurangkan pengeluaran sisa pembinaan.Walau bagaimanapun, beberapa kajian terdahulu mendapati bahawa masih terdapat banyak syarikat pembinaan yang belum atau gagal dalam melaksanakan kaedah 3R dalam pengurusan sisa di tapak bina. Oleh yang demikian, objektif kajian ini ialah untuk menerangkan pelaksanaan kaedah 3R dalam pengurusan sisapembinaan, dan mengenalpasti tahap pelaksanaan kaedah 3R di tapak bina. Dengan menumpukan kepada satu syarikat pembinaan di kedah, kaedah temubual dijalankan untuk mendapatkan data penting dalam kajian ini. Hasil kajian ini diharapkan dapat membantu dalam menggalakkan pengunaan dan kejayaan pelaksanaan amalan 3R terutamanya di kalangan syarikat pembinaan di Malaysia dalam pengurusan sisa di tapak bina. Akhirnya amalan 3R ini akan dapat membantu mencapai kelestarian alam sekitar di samping meningkatkan prestasi ekonomi dan sosial.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 9789670910178 Organized By: Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi & Logistik Universiti Utara Malaysia Collaboration With: Pusat Kerjasama Universiti-Industri Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Pengurusan Sisa; Kaedah 3R; Pembinaan
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mdm. Norsiah Hami
Date Deposited: 13 Nov 2016 03:58
Last Modified: 13 Nov 2016 04:17
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/19229

Actions (login required)

View Item View Item