mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan sisa di tapak bina dalam industri pembinaan: Kajian kes di Daerah Kubang Pasu, Kedah

Suddin, Muhammad Ubaidillah and Mohd Nawi, Mohd Nasrun (2015) Pengurusan sisa di tapak bina dalam industri pembinaan: Kajian kes di Daerah Kubang Pasu, Kedah. In: Symposium on Technology Management and Logistics (STMLGoGreen), 8-9 December 2015, Universiti Utara Malaysia.

[thumbnail of STML Go Green 103-109.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (343kB) | Request a copy

Abstract

Dalam industri pembinaan, seperti bangunan kediaman, pembinaan jalan, jambatan dan kemudahan yang dibina lain memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan masyarakat.Aktiviti pembinaan menggunakan banyak bahan mentah yang akan memberikan kesan yang signifikan terhadap penjanaan sisa binaan. Oleh yang demikian, Industri pembinaan menghasilkan kuantiti besar sisa yang tidak mesra alam. Dalam kajian ini, saya akan mengulas lanjut mengenai masalah-masalah yang berlaku berkaitan pengurusan sisa binaan dalam industri pembinaan di Kedah, Malaysia. Tesis ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana pengurusan sisa dijalankan dalam projek pembinaan, dan cuba untuk membuat syor kepada pihak industri mengenai bagaimana keuntungan boleh dimaksimumkan dan bagaimana sisa dapat dikurangkan.Daripada kajian saya, saya akan cuba mencari dengan jelas daripada keputusan semua objektif projek saya.Maklumat dan data untuk tugas saya berasal dari meneliti, menganalisis dan membandingkan catatan-catatan yang berkaitan dengan isu-isu yang berlaku termasuk strategi pengurusan sisa pembinaan di tapak pembangunan dalam beberapa tahun.Kajian ini dapat membantu kontraktor atau penyelia untuk menguruskan sisa pembinaan di tapak bina dengan lebih konsisten dan berkesan pada masa hadapan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 9789670910178 Organized By: School Of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia. Collaboration With: Pusat Kerjasama Universiti-Industri Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: pengurusan, sisa, industri pembinaan
Subjects: T Technology > TH Building construction
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Dr. Sr. Mohd Nasrun Mohd Nawi
Date Deposited: 13 Nov 2016 04:29
Last Modified: 13 Nov 2016 04:29
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/19237

Actions (login required)

View Item View Item