mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan hubungannya dengan gaya kepimpinan pengetua

Ismail, Siti Noor and Don, Yahya (2015) Amalan pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) dan hubungannya dengan gaya kepimpinan pengetua. The Asean Journal of Knowledge Contribution, 2 (2). pp. 40-49. ISSN 2286-828X

[thumbnail of AJKC 2 2 2015 40 49.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (432kB) | Request a copy

Abstract

Tujuan - Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan TQM di ketiga-tiga kategori sekolah menengah berprestasi tinggi, sederhana dan rendah di negeri Kelantan.Selain melihat kepada perbezaan tahap amalan TQM antara ketiga-tiga kategori sekolah tersebut, kajian ini juga berhasrat untuk mengetahui apakah jenis gaya kepimpinan pengetua yang diamalkan dan hubungannya dengan tahap amalan TQM di sekolah terlibat.Di samping itu, kajian ini juga berusaha untuk mengenal pasti jenis gaya kepimpinan manakah yang benar-benar menyumbang kepada tahap amalan TQM di sekolah.Metod - Kajian ini berbentuk kuantitatif bagi mengukur tahap amalan TQM dan jenis gaya kepimpinan pengetua di sekolah terlibat. Data yang diperoleh melalui soal selidik ke atas 350 orang guru dari enam (6) buah sekolah menengah di Kelantan, dianalisis menggunakan statistik deskriptif (frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai) dan statistik inferensi (analisis anova dan pemboleh ubah korelasi ). Dapatan - Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan antara tahap amalan TQM di ketigatiga kategori sekolah tersebut iaitu sekolah berprestasi tinggi menunjukkan tahap amalan yang tinggi, diikuti dengan sekolah berprestasi sederhana dan rendah bagi kedua-dua variable tersebut. Seterusnya kajian menunjukkan terdapatnya hubungan positif yang signifikan antara kedua-dua pembolehubah tahap amalan TQM dengan jenis gaya kepimpinan pengetua.Walaupun dapatan kajian menunjukkan gaya kepimpinan Transformasional adalah gaya kepimpinan yang paling menyumbang kepada tahap amalan TQM, namun statistik inferensi menunjukkan bahawa gabungan ketiga-tiga jenis gaya kepimpinan Transformasional, Laissez Faire dan Autokratik adalah yang terbaik yang menyumbang kepada tahap amalan TQM di sekolah.Kepentingan - Dapatan kajian ini memberi sumbangan yang bermakna dari segi tubuh ilmu kerana ianya mengetengahkan hubungan antara dua variabel penting yang menyumbang kepada keberkesanan dan kejayaan sesebuah sekolah. Hasil dapatan kajian dapat dijadikan panduan kepada semua pihak pengurusan sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha memantapkan lagi cara pelaksanaan pengurusan kualiti di sekolah ke arah merealisasikan kecemerlangan pendidikan masa kini.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pengurusan kualiti menyeluruh, gaya kepimpinan, sekolah berprestasi tinggi, sederhana dan rendah.
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Dr. Siti Noor Ismail
Date Deposited: 15 Nov 2016 00:44
Last Modified: 15 Nov 2016 00:44
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/19473

Actions (login required)

View Item View Item