mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Radikalisme dan ekstremisme sebagai pencetus agen pembudayaan pengganasan di kalangan belia: Perspektif undang-undang jenayah

Abdullah, Nor Anita (2016) Radikalisme dan ekstremisme sebagai pencetus agen pembudayaan pengganasan di kalangan belia: Perspektif undang-undang jenayah. In: International Conference on Government & Public Affairs 2016 (ICOGPA2016), October 5th - 6th, 2016, School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of ICOGPA 2016 1 10a.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (572kB) | Request a copy

Abstract

Belia merupakan golongan anak muda yang bakal mewarisi kepimpinan tompok pemerintahan negara pada masa akan datang.Belia bertanggungjawab memikul dan menggalas peranan tersebut.Jika dilihat dari kecenderungan belia, pelbagai isu mengenai belia negatif seringkali timbul. Penglibatan belia dalam kegiatan keganasan agak membimbangkan. Jika dilihat dari perspektif zaman dahulu, radikalisme di anggap sebagai satu bentuk perjuangan menentang keburukan demi sebuah keadilan. Manakala ekstremisme pula, berlaku dalam dua bentuk iaitu yang berbentuk keganasan dan berbentuk bukan keganasan.Oleh itu, salah satu cabaran besar isu keselamatan negara ialah mencegah belia daripada terlibat dengan masalah radikalisme dan ekstremisme terutamanya apabila bertindak sebagai agen pembudayaan pengganasan di kalangan belia. Walaupun terdapat pandangan berdasarkan kajian yang dijalankan mengatakan bahawa bukan mudah bagi belia terlibat dengan beberapa kegiatan yang berbentuk radkalisme atau ekstremisme, namun tidak boleh disangkal juga pandangan yang mengatakan masih wujud sebilangan kecil dari kalangan belia yang mungkin terpengaruh.Dari sudut perundangan pula, negara mempunyai undang-undang menangani keganasan dalam konteks jenayah yang diperuntukkan dalam Bab VIA Kanun Keseksaan.Setiap kesalahan hanya boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan jenayah sekiranya kesalahan tersebut diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan dan peruntukan tersebut tidak merangkumi jenayah yang bakal ditimbulkan oleh belia dalam aktiviti radikalisme dan ekstremisme.Oleh itu, artikel ini mengupas perbezaan di antara radikalisme dan ektremisme selain akan mengenal pasti kecenderungan belia terhadap aktiviti radikalisme dan ekstremisme sebagai pencetus agen pembudayaan pengganasan. Artikel ini akan turut mengupas dan mengkaji peranan dan kesesuaian undang-undang terhadap penglibatan belia termasuk belia dalam kategori bawah umur dalam aktiviti radikalisme dan ektremisme.Hasil cadangan juga akan diberikan sebagai penambahbaikan terhadap keperluan undang-undang pencegahan yang mana lebih bersifat mencegah daripada bersifat menghukum.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN 978-983-44661-7-6 Organized by School of Government, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah, Malaysia
Uncontrolled Keywords: Radikalisme, Ektremisme, Belia, Undang-Undang Jenayah
Subjects: H Social Sciences > HX Socialism. Communism. Anarchism
K Law > K Law (General)
Divisions: School of Government
Depositing User: Dr Nor Anita Abdullah
Date Deposited: 22 Dec 2016 07:19
Last Modified: 22 Dec 2016 07:19
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/20425

Actions (login required)

View Item View Item