mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Toleransi Nabawi dalam pembinaan budaya masyarakat Madani yang bertamadun

Osman, Mohd Farihal and Long, Muhamad Noor Habibi and Aziz, Ahmad Bashir (2016) Toleransi Nabawi dalam pembinaan budaya masyarakat Madani yang bertamadun. Journal of Global Business and Social Entrepreneurship (GBSE), 4 (5). pp. 52-64. ISSN 2462-1714

[thumbnail of GBSE 4 5 2016 52 64.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (119kB) | Request a copy

Abstract

Budaya adalah amalan harian yang di amalkan dalam kehidupan. Kehidupan yang terbina oleh masyarakat yang tinggi nilai hidup akan membawa kepada keamanan dan kesejahteraan.Tetapi kehidupan yang terkeluar dari norma kehidupan, terkeluar dari fitrah manusia membawa kepada kehancuran sepertimana penindasan dan peperangan.Persoalannya apakah toleransi nabawi dalam pembinaan budaya masyarakat madani madani sehingga terbina satu ketamadunan manusia.Fokus kajian ini adalah untuk mengenalpasti budaya masyarakat madani yang bertamadun.Kajian dengan kaedah kualitatif yang lebih sesuai digunakan kerana mengkaji budaya dan proses yang sukar diukur.Kajian ini menemui beberapa penemuan penting dalam pembinaan tamadun manusia.Tamadun yang terbina dari budaya masyarakat Madani adalah satu bentuk kehidupan yang tinggi tamadunnya. Kehidupan yang hendak dicapai oleh sesuatu masyarakat dalam hal seperti tempat tinggal, pembangunan, dan perbandaran.Tiga bentuk kehidupan ini terkandung dalam dua dimensi iaitu fizikal dan spiritual.Dari dimensi fizikal, sesebuah masyarakat madani itu perlulah hidup dalam keadaan selesa dan aman damai.Dari dimensi Spiritual pula, sesebuah masyarakat Madani itu perlulah hidup dalam mengamalkan ketinggian budi pekerti dan kesantunan.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Tamadun, Budaya, Masyarakat Madinah, Asas Pembinaan Masyarakat
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
H Social Sciences > HM Sociology
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Dr. Mohd Farihal Osman
Date Deposited: 30 Apr 2017 02:51
Last Modified: 30 Apr 2017 02:51
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/21895

Actions (login required)

View Item View Item