mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kesan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap pencapaian pelajar di Kolej Komuniti Pasir Mas

Wan Abdullah, Wan Farah Aida and AwangYah, Ida Suriati (2017) Kesan pembelajaran berasaskan masalah (PBM) terhadap pencapaian pelajar di Kolej Komuniti Pasir Mas. In: International Conference on the Scholarship of Teaching and Learning (ICSoTL 2017), 4 - 5 April 2017, UUM EDC Hotels & Resorts, Sintok, Kedah, Malaysia.

[thumbnail of ICSoTL 2017 40 45.pdf]
Preview
PDF
Download (205kB) | Preview

Abstract

Sejajar dengan perkembangan sistem pendidikan kolej komuniti yang mengkhususkan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar, satu kajian telah dijalankan untuk menguji kesan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) terhadap pencapaian pelajar. Kajian kuasi eksperimen telah dijalankan ke atas 81 orang pelajar Kolej Komuniti Pasir Mas yang mengambil kursus Prinsip Perakaunan.Kajian ini melibatkan dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kaedah pengajaran PBM telah dijalankan selama lima minggu ke atas kumpulan rawatan, manakala pengajaran sedia ada dikekalkan bagi kumpulan kawalan.Dalam pasca ujian, para pelajar telah menjawab ujian pencapaian bagi kursus Prinsip Perakaunan.Data diperolehi dan dianalisis dengan menggunakan kaedah Ujian t (Independent t-test). Hasil dapatan kajian telah menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam kumpulan rawatan iaitu PBM lebih tinggi berbanding kumpulan kawalan. Oleh demikian, dapat disimpulkan bahawa kaedah PBM memberi kesan terhadap pencapaian pelajar berbanding dengan kaedah pengajaran sedia ada. Sehubungan itu, kaedah PBM yang diterapkan dalam kajian ini boleh dimanfaatkan oleh tenaga pengajar Kolej Komuniti dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran pada masa akan datang.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-983-42061-4-7 Organized by: School of Education and Modern Languages, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Pembelajaran Berasaskan Masalah , pencapaian pelajar
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 10 Jul 2017 07:51
Last Modified: 11 Jul 2017 01:16
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22549

Actions (login required)

View Item View Item