mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penggunaan aplikasi Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran di institut pendidikan guru

Yaakob, Muhammad Nidzam and Mohd Yusoff, Nurahimah (2017) Penggunaan aplikasi Edmodo dalam pengajaran dan pembelajaran di institut pendidikan guru. In: International Conference on the Scholarship of Teaching and Learning (ICSoTL 2017), 4 - 5 April 2017, UUM EDC Hotels & Resorts, Sintok, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Persekitaran Pengajaran Maya dikatakan boleh meningkatkan interaksi antara guru dengan pelajar yang membentuk komunikasi secara berkesan.Banyak kajian dilaksanakan tentang Persekitaran Pembelajaran Maya berkaitan dengan penggunaan serta peningkatan pencapaian akademik dalam kalangan pengguna sistem jaringan sosial. Objektif kajian ialah untuk melihat kesediaan pensyarah dan pelajar dalam menggunakan persekitaran pembelajaran maya dalam P&P di IPG.Kajian ini menggabungkan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Dalam kajian ini, Kaedah Fuzzy Delphi dengan menggunakan 5 skala fuzzy digunakan bagi mengumpul respon 15 orang pakar yang terdiri daripada pensyarah IPG. Analisis temu bual 4 orang pelajar digunakan untuk menyokong dapatan pakar. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan penomboran segitiga fuzzy (triangular fuzzy number) dan kedudukan (ranking) setiap pembolehubah ditentukan menggunakan ‘defuzzification process’. Konsesus pakar mendapati pembolehubah peluang penggunaan aplikasi Edmodo dalam P&P adalah satu idea yang baik untuk pembelajaran berada di kedudukan (ranking) pertama. Hasil analisis data temubual pelajar juga turut menyokong dapatan di atas. Kajian ini dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada para pensyarah dan pelajar, malah sebagai rujukan kepada sistem pendidikan di Malaysia dalam mentransformasikan pendidikan melalui kolaborasi dengan teknologi rangkaian sosial

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-983-42061-4-7 Organized by: School of Education and Modern Languages, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Konsesus Pakar,Fuzzy Delphi Method, Persekitaran Pengajaran Maya, Generasi Millenial
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Prof. Dr. Nurahimah Mohd Yusoff
Date Deposited: 10 Jul 2017 08:00
Last Modified: 11 Jul 2017 01:12
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/22554

Actions (login required)

View Item View Item