UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Kepimpinan instruksional dan gaya komunikasi pengetua dengan komitmen guru sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian di negeri Kedah


Othman, Faridah and Saad, Norazlinda (2017) Kepimpinan instruksional dan gaya komunikasi pengetua dengan komitmen guru sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian di negeri Kedah. In: International Conference on the Scholarship of Teaching and Learning (ICSoTL 2017), 4 - 5 April 2017, UUM EDC Hotels & Resorts, Sintok, Kedah, Malaysia.

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh kepimpinan instruksional dan gaya komunikasi pengetua terhadap komitmen guru di sekolah menengah kebangsaan (SMK) harian di negeri Kedah. Kajian ini berbentuk tinjauan untuk mengumpul data. Instrumen utama kajian ini iaitu soal selidik yang terdiri daripada 144 item dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi (α = 0.98).Seramai 120 orang guru dari SMK di negeri Kedah telah dipilih secara rawak sebagai responden kajian.Data dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan analisis regresi berganda.Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kepimpinan instruksional pengetua dan tahap komitmen guru adalah tinggi.Dapatan juga menunjukkan gaya komunikasi peramah sering dipraktikkan oleh pengetua di negeri Kedah. Analisis regresi berganda mendapati terdapat pengaruh kepimpinan instruksional dan gaya komunikasi pengetua yang signifikan terhadap komitmen guru. Secara keseluruhan, dapatan kajian ini menjelaskan bahawa kepimpinan instruksional dan gaya komunikasi pengetua yang berkesan meningkatkan komitmen guru di sekolah.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-983-42061-4-7 Organized by: School of Education and Modern Languages, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan Instruksional, Gaya Komunikasi, Komitmen Guru
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Dr. Norazlinda Saad
Date Deposited: 10 Jul 2017 07:58
Last Modified: 11 Jul 2017 01:14
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/22559

Actions (login required)

View Item View Item