mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengukuhan aqidah Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah (ASWJ) dalam pendidikan Islam ke arah menangani gerakan Syiah di Malaysia

Makhsin, Mardzelah and Azid @ Aziz, Nurulwahida and Che Noh, Mohd Aderi and Ilias, Mohamad Fadhli (2017) Pengukuhan aqidah Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah (ASWJ) dalam pendidikan Islam ke arah menangani gerakan Syiah di Malaysia. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 305-312. ISSN 2548-6160

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Polemik antara Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ) dengan golongan Syiah menjadi suatu isu kajian ini disebabkan perselisihan faham tentang amalan dalam mazhab boleh menyebabkan persengketaan yang menjadi punca perpecahan yang akan mengheret kepada permusuhan sehingga menimbulkan kucar kacir kepada negara. Justeru pengukuhan mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ) dalam masyarakat Islam di Malaysia amat penting dalam usaha menangani penyebaran Syiah yang membawa kepada konflik dan persengketaan. Justeru kajian pembentukan Model Penghayatan Pendidikan Islam dan Strategi Pengukuhan Akidah diketengahkan sebagai usaha penyatuan umat Islam menerusi kefahaman dan pegangan kepada murid-murid tentang amalan yang berasaskan kepada mazhab Ahli Sunnah wa al-Jamaah (ASWJ). Kajian ini melibatkan 700 orang responden kajian yang terdiri daripada Pelajar Menegah Atas di tujuh buah negeri iaitu Melaka, Selangor, Negeri Sembilan Wilayah Persekutuan, Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu. Hasil kajian menunjukkan Pendidikan Akidah Dalam Pendidikan di Malaysia perrlu diberi penekanan sejak dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi kerana golongan ini mudah terpengaruh dengan ajaran sesat. Hasil kajian ini penting dalam memastikan perpaduan umat Islam di Malaysia berasaskan kepada suatu fahaman agar tidak wujud pertikaian yang boleh mendorong kepada permusuhan yang mencetuskan peperangan dalam kalangan umat Islam sendiri seperti yang berlaku di Pakistan dan Iran.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Pengukuhan aqidah, Ahli Sunnah Wa Al-Jamaah, Gerakan Syiah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:20
Last Modified: 13 Feb 2018 03:20
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23055

Actions (login required)

View Item View Item