mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan antara gaya pengajaran guru dengan tahap ponteng sekolah menengah di Daerah Bachok, Kelantan

Mohd. Nawawi, Ainonmadiah and Mohd, Awanis and Md. Saad, Norhana and Baharuddin, Juliana and Ismail, Siti Noor (2017) Hubungan antara gaya pengajaran guru dengan tahap ponteng sekolah menengah di Daerah Bachok, Kelantan. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 341-358. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 341-358.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat perbezaan gaya pengajaran guru berdasarkan ciri-ciri demografi iaitu jantina dan aliran mata pelajaran dan hubungan gaya pengajaran guru dengan tahap ponteng. Responden bagi kajian ini terdiri daripada 373 responden(127 lelaki dan 216 perempuan) iaitu pelajar dari 5 buah sekolah di daerah Bachok, Kelantan. Instrumen kajian ini ialah Model Gaya Pengajaran Guru (Teaching Style Survey) yang dibangunkan oleh Grasha – Riechmann 1996 Analisis data menggunakan kaedah statistik deskriptif, ujian – t dan kekerapan digunakan untuk menguji hipotesis kajian yang dijalankan. Segala data atau butiran dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah Statistical Package For The Social Sciences (SPSS) Version 22. Dapatan kajian ini mendapati kategori gaya pengajaran yang paling dominan diamalkan oleh guru ialah gaya pengajaran Model Personal diikuti oleh gaya pengajaran Delegator, gaya pengajaran Pakar, gaya pengajaran Autoriti Formal dan gaya pengajaran Fasilitator. Manakala, min tahap ponteng pelajar adalah pada tahap sederhana. Ujian- t menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengajaran berdasarkan jantina dan terdapat hubungan yang signifikan gaya pengajaran guru berdasarkan aliran mata pelajaran. Manakala ujian-t juga mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara tahap ponteng berdasarkan jantina dan aliran mata pelajaran. Ujian korelasi Pearson digunakan untuk menganalisis data dalam kajian hubungan gaya pengajaran guru dengan tahap ponteng pelajar. Didapati nilai korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang sederhana dan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara gaya pengajaran guru dengan tahap ponteng (r=.062, p> 0.01). Akhir sekali beberapa cadangan dikemukan untuk kajian lanjut .

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Gaya Pengajaran Guru; Tahap Ponteng; Gaya Pengajaran Model Personal
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:21
Last Modified: 13 Feb 2018 03:21
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23059

Actions (login required)

View Item View Item