mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan motivasi guru dengan penggunaan ICT dalam pengajaran di SJK (T) daerah Kuala Muda Yan

Vinathan, Talirkodi A/P (2017) Hubungan motivasi guru dengan penggunaan ICT dalam pengajaran di SJK (T) daerah Kuala Muda Yan. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 1043-1054. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 1043-1054.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah untuk mengenal pasti tahap motivasi guru-guru SJK (T) di daerah Kuala Muda Yan (KMY) dalam penggunaan ICT demi memantapkan pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan untuk mengukur hubungan antara tahap motivasi guru dengan masalah penggunaan ICT.Analisis koleksi literatur yang dibaca oleh pengkaji menunjukkan kebanyakan kajian ICT telah dibuat dari aspek sikap, kemahiran dan kepercayaan guru.Oleh yang sedemikian, pengkaji telah menitikberatkan aspek motivasi sebagai faktor kajian ini. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif yang menggunakan soal selidik.Responden adalah seramai 150 orang guru dari 5 buah sekolah di Daerah Kuala Muda Yan, Kedah.Bagi menganalisis data perisian SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) telah digunakan.Kaedah seperti statistik deskriptif untuk melihat ciri-ciri demografi responden dan korelasi telah digunakan untuk melihat hubungan antara tahap motivasi guru dan penggunaan ICT.Untuk mengkaji tahap motivasi dan pencapaian ICT taburan min dan sisihan piawai secara keseluruhan telah digunakan.Hasil kajian menunjukkan tahap motivasi guru adalah tinggi tetapi tahap penggunaan ICT pula rendah disebabkan oleh beberapa masalah seperti kekurangan kemahiran ICT guru, jaringan internet yang lambat, kemudahan ICT dan sokongan teknikal pihak sekolah yang rendah dan kekurangan masa.Berdasarkan hasil kajian lagi didapati tahap motivasi guru adalah berhubungan negatif dengan masalah penggunaan ICT. Jadi, sokongan pihak sekolah, KPM dan guru itu sendiri amat dititikberatkan untuk mengintegrasikan ICT sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP).

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Motivasi; Penggunaan ICT; Pendekatan Pengajaran dan pengajaran
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:54
Last Modified: 13 Feb 2018 03:54
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23091

Actions (login required)

View Item View Item