mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di Sekolah Menengah

Razali, Nor Zaira and Bahador, Zolkefli and Saidon, Mohd Kasri (2017) Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan VLE FROG dalam kalangan guru di Sekolah Menengah. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 1023-1032. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 1023-1032.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (680kB) | Preview

Abstract

Perkembangan pendidikan pada hari ini telah berubah seiring dengan perkembangan teknologi masa kini.Kaedah penyampaian telah berubah dari kaedah tradisional berpusatkan guru kepada kaedah berasaskan laman web atau atas talian. Kementerian Pendidikan sedar akan perkembangan ini dan telah merangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dengan matlamat memanfaatkan ICT dalam pengajaran guru.Kajian ini bertujuan untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan Virtual Learning Environment (VLE) Frog dalam kalangan guru di sekolah menengah.Kajian secara kuantitatif ini melibatkan seramai 66 orang guru sebagai responden. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 22.0. Pengujian bagi hipotesis kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah pengujian Korelasi Pearson, ANOVA dan ujian-t.Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran ICT guru dan tahap kemudahan ICT yang terdapat di sekolah adalah rendah. Di samping itu, kajian juga mendapati wujudnya hubungan yang signifikan di antara kemahiran ICT guru dan kemudahan ICT dengan tahap penggunaan VLE Frog dalam kalangan guru.Oleh itu, dapat dikatakan bahawa kemahiran ICT guru dan kemudahan ICT merupakan antara faktor utama yang mempengaruhi penggunaan VLE Frog dalam kalangan guru di sekolah menengah.Bagi menjayakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menjadikan VLE Frog sebagai satu transformasi dalam pendidikan alaf baru, penyelidik telah mencadangkan beberapa perkara untuk tindakan pihak KPM sendiri dan pihak pentadbir sekolah di mana, pemantauan yang berterusan oleh kedua-dua pihak ini dapat meningkatkan pengaplikasian VLE Frog dalam pengajaran dan pembelajaran seluruh warga sekolah di Malaysia.

Item Type: Article
Additional Information: International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
Uncontrolled Keywords: VLE Frog; Kemahiran ICT guru; Kemudahan ICT
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:54
Last Modified: 13 Feb 2018 03:54
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23093

Actions (login required)

View Item View Item