mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Hubungan antara tahap kompetensi fungsional guru dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah Menengah di Negeri Kelantan

Mohamad Saad, Norhana and Baharuddin, Juliana and Ismail, Siti Noor (2017) Hubungan antara tahap kompetensi fungsional guru dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah Menengah di Negeri Kelantan. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 199-208. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 199-208.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (832kB) | Preview

Abstract

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti hubungan antara tahap kompetensi fungsional guru dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah di negeri Kelantan.Sejumlah 375 orang guru sekolah menengah di negeri Kelantan telah mengambil bahagian dalam kajian ini.Instrumen soal selidik tahap kompetensi fungsional diadaptasi daripada Modul Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia telah digunakan untuk mengumpul data. Dalam kajian ini data dianalisis dengan menggunakan Program Statistical Package of Sosial Science (SPSS) version 21.Data dianalisis menggunakan kaedah deskriptif dan statistik inferensi.Keputusan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap kompetensi fungsional guru dengan pencapaian akademik pelajar di sekolah menengah di negeri Kelantan. Keputusan kajian juga menunjukkan dimensi kompetensi iaitu pengetahuan dan kemahiran fungsional guru menunjukkan hubungan yang signifikan dengan pencapaian akademik pelajar. Tahap kompetensi fungsional guru di sekolah menengah di negeri Kelantan berada pada tahap tinggi. Tahap pencapaian akademik pelajar pula berada pada tahap sederhana.Beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan keberhasilan dan kelestarian kompetensi fungsional guru dan kecemerlangan pencapaian akademik pelajar.

Item Type: Article
Additional Information: International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Uncontrolled Keywords: Tahap kompetensi fungsional guru; Pencapaian akademik pelajar; Pengetahuan guru; Kemahiran guru
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:58
Last Modified: 13 Feb 2018 03:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23107

Actions (login required)

View Item View Item