mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penggunaan geogebra dalam pembelajaran matematik melalui pembelajaran modular

Kim, Khor Mui and Md Ali, Ruzlan (2017) Penggunaan geogebra dalam pembelajaran matematik melalui pembelajaran modular. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 147-154. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 147-154.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (781kB) | Preview

Abstract

Pengetahuan guru matematik dan tahap penggunaan teknologi yang rendah boleh menjejaskan keberkesanan pembelajaran dan menjadikan penguasaan konsep matematik yang kurang bermakna dalam kalangan murid.Penyelidik menjalankan kajian dengan reka bentuk kuasi-eksperimen dengan ujian pra dan ujian pos ke atas 93 murid tingkatan dua di sekolah menengah harian di Malaysia yang dipecahkan kepada satu kumpulan kawalan dan dua kumpulan eksperimen.Responden kumpulan kawalan mengikuti PdP dengan pendekatan konvensional manakala responden kumpulan eksperimen menerima rawatan (penggunaan perisian GeoGebra) dengan pendekatan pembelajaran modular berlandaskan projek dan penyelesaian masalah.Penyelidik menjalankan ujian pra dan ujian pos untuk membandingkan pencapaian responden kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen dalam penyelesaian masalah matematik berunsur KBAT. Data kuantitatif dikutip melalui instrumen ujian iaitu Ujian Topikal 1 (Ujian Pra), Ujian Topikal 2 (Ujian Pos), Ujian Keupayaan Visualisasi Spasial 1 (Ujian Pra), Ujian Keupayaan Visualisasi Spasial 2 (Ujian Pos), manakala data kualitatif dikutip melalui temu bual bersama tiga guru matematik yang melaksanakan PdP ke atas kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen, temu bual bersama responden kumpulan kawalan dan responden kumpulan eksperimen. Selain itu, rakaman video ke atas PdP pendekatan konvensional dan PdP pendekatan perisian dinamik GeoGebra juga dilakukan untuk dianalisis data kualitatif. PdP guru matematik untuk kumpulan kawalan dan kumpulan eksperimen turut dinilai bagi mengenal pasti penerapan unsur KBAT dalam PdP pendekatan konvensional dan pendekatan penggunaan perisian dinamik GeoGebra. Instrumen untuk menilai kualiti PdP guru adalah Borang Pencerapan PdP KBAT (JNJK, 2015) dan Borang Pembelajaran dan Pengajaran (JNJK, 2010). Hasil pencerapan PdP guru memberi sumbangan dalam pengutipan data kuantitatif. Penyelidik menghasilkan Modul Panduan Penggunaan Perisian Dinamik GeoGebra dalam Pembelajaran Bentuk dan Ruang untuk digunakan oleh guru dan responden kumpulan eksperimen sebagai rujukan dan panduan menggunakan perisian GeoGebra dalam pembelajaran Bentuk dan Ruang. Kesemua instrumen dan modul telah menjalani ujian kesahan dan kebolehpercayaan oleh sekumpulan pakar matematik.Pembelajaran matematik melalui penggunaan perisian dinamik seperti GeoGebra ini dapat menyokong pelaksanaan pembelajaran abad ke 21 dan memenuhi kehendak anjakan ketujuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2015 tentang memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti pembelajaran dalam kalangan murid di Malaysia.Kajian ini memberi sumbangan kepada pendidikan matematik di mana penggunaan teknologi berpotensi menjadikan pembelajaran matematik murid lebih bermakna. Dapatan juga dapat digunakan oleh kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan bagi mengembangkan pendidikan matematik berlandaskan teknologi perisian GeoGebra ke semua peringkat persekolahan.

Item Type: Article
Additional Information: International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
Uncontrolled Keywords: GeoGebra; Pendidikan Matematik; Pembelajaran modular; Keupayaan visualisasi spasial; Pemikiran kreatif
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 03:58
Last Modified: 13 Feb 2018 03:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23110

Actions (login required)

View Item View Item