mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Gagasam Pendidikan Aminuddin Baki dalam perjuangan GPMS

Ghazali, Norzaliza and Zainon, Fatinah (2017) Gagasam Pendidikan Aminuddin Baki dalam perjuangan GPMS. Proceedings of the ICECRS, 1 (1). pp. 841-848. ISSN 2548-6160

[thumbnail of ICECRS, 1 (2016) 841-848.pdf]
Preview
PDF
Available under License Attribution 4.0 International (CC BY 4.0).

Download (661kB) | Preview

Abstract

Aminuddin Baki merupakan seorang tokoh akademik yang sering memperjuangkan agenda pendidikan sepanjang hayatnya. Dalam hal ini, beliau telah menubuhkan persatuan NGO seperti Gabungan Pelajar Mahasiswa Semenanjung (GPMS) untuk meneruskan kelangsungan perjuangannya kepada generasi muda. GPMS ditubuhkan untuk menyatupadukan pelajar-pelajar Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu dan menyedarkan mereka tentang kemunduran orang Melayu khususnya dalam bidang pendidikan. Selain itu, sebagai seorang pejuang budaya dan bangsa, Aminuddin juga sentiasa merancang strategi untuk menjamin kedudukan Bahasa Melayu diletakkan ditempatnya yang hakiki dalam sistem pendidikan kebangsaan iaitu sebagai bahasa pengantar utama di semua peringkat persekolahan.Kajian ini berbentuk kualitatif dengan pendekatan biografi yang mengkaji pemikiran tokoh.Data dikumpulkan menggunakan kaedah dokumentasi dan dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis kandungan dan pembentukan tema-tema.Kertas kerja ini akan menghuraikan gagasan pemikiran pendidikan Aminuddin Baki yang menjadi aspirasi perjuangan Gabungan Pelajar Mahasiswa Semenanjung (GPMS). Idealismenya masih hidup dan sedang dipraktikkan sehingga kini.

Item Type: Article
Additional Information: International Seminar on Generating Knowledge Through Research, UUM-UMSIDA, 25-27 October 2016, Universiti Utara Malaysia, Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Pendidikan; Bahasa Melayu; GPMS; Aminuddin Baki
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: School of Education & Modern Languages
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 13 Feb 2018 06:39
Last Modified: 13 Feb 2018 06:39
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23127

Actions (login required)

View Item View Item