mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor penyumbang plagiarisma dalam tugasan akademik: Satu kajian kes di kalangan pelajar Kolej Profesional Mara Seri Iskanda, Perak

Ahmad Tekmezi, Ahmad Shahriman (2015) Faktor penyumbang plagiarisma dalam tugasan akademik: Satu kajian kes di kalangan pelajar Kolej Profesional Mara Seri Iskanda, Perak. In: 2nd National Case Study Conference 2015, 6th- 8th October 2015, Kuching, Sarawak, Malaysia.

[thumbnail of RC01.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (315kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini cuba untuk mengenal pasti faktor yang menyumbang kepada masalah plagiat di kalangan pelajar Kolej Profesional MARA Seri Iskandar. Kaedah kualitatif telah digunakan untuk menjalankan kajian ini, melalui pemerhatian dan temu bual bersama enam responden yang pernah terlibat dalam plagiat.Terdapat empat faktor yang telah digariskan; pemahaman pelajar, sikap pelajar, pengaruh rakan sebaya dan juga kemudahan internet.Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor pemahaman dan juga faktor sikap pelajar itu sendiri telah menjadi penyumbang terbesar kepada plagiat.Kemudian diikuti dengan faktor kemudahan internet yang mendorong mereka untuk melakukan plagiat kerana semua maklumat di hujung jari. Manakala faktor rakan sebaya tidak atau pun kurang menyumbang kepada masalah plagiat di kalangan pelajar kolej ini.Oleh sebab itu, semua pihak perlu bekerjasama dalam menangani masalah ini untuk melahirkan graduan yang berkualiti.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN: 978-967-11030-4-3 Organized by: Institute for Management and Business Research (IMBRe), Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: plagiat, faktor penyumbang, pemahaman pelajar, sikap, kemudahan internet
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education
Divisions: Tunku Puteri Intan Safinaz School of Accountancy (TISSA)
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 15 Apr 2018 04:23
Last Modified: 15 Apr 2018 04:23
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/23909

Actions (login required)

View Item View Item