mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Keperluan penyebaran fatwa kepada masyarakat oleh badan berautoriti fatwa negeri: Asas penilaian keberkesanan berdasarkan Kirpatrik Model of Evaluation

Dahaman@Dahlan, Mohd Akram and Md Zain, Azman and Ahmad, Kamarudin and Paidi, Zulhilmi and Abdul Hamid, Solahuddin and Abdul Rahman, Mohd Nizho (2017) Keperluan penyebaran fatwa kepada masyarakat oleh badan berautoriti fatwa negeri: Asas penilaian keberkesanan berdasarkan Kirpatrik Model of Evaluation. In: 2nd International Conference on Religion and Society, 22 August 2017, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia.

[thumbnail of PAADM 2017 951 964.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (429kB) | Request a copy

Abstract

Fatwa adalah salah satu medium pemakluman hukum syarak dalam memberi jawapan kepada kemusykilan agama kepada masyarakat dan mempunyai peranan besar.Fatwa datang dari masyarakat dan mereka terlibat dalam menerima serta mengamalkan fatwa. Berdasarkan asas ini, fatwa adalah sangat perlu disebarkan.Dalam konteks Malaysia, setiap negeri mempunyai badan berautoriti fatwa masing-masing yang berperanan mengeluar dan menyebarkan fatwa. Dalam menyebarkan fatwa, pelbagai aktviti dan program telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun oleh Jabatan Mufti negeri masing-masing. Semua program tersebut adalah melibatkan masyarakat awam dan komuniti yang lebih khusus seperti kakitangan awam dan swasta, para pentadbir kakitangan masjid serta surau.Bagi menilai keberkesaan penyebaran fatwa di setiap negeri melalui program-program yang telah disusun, satu kaedah telah dipilih iaitu Kirkpatrik Model of Evaluation. Adaptasi model penilaian ini telah dilakukan bagi disesuaikan dengan objektif kajian merangkumi 3 peringkat penting iaitu reaksi peserta terhadap keperluan program yang dilaksanakan, proses pembelajaran yang berlaku daripada program yang dihadiri dan tingkah laku melibatkan pengamalan peserta terhadap kefahaman fatwa yang disebarkan melalui program tersebut. Proses penilaian dilakukan melibatkan perbandingan pengetahuan, kefahaman dan pengamalan audiens sebelum dan selepas program dilaksana.Satu analisis kandungan data kualitatif yang berasaskan kutipan data kepustakaan dan temubual dilakukan bagi memberi gambaran umum bersifat teoritikal tentang keperluan penyebaran fatwa dan adaptasi Kirkpatrik Model of Evaluation sebagai model yang digunapakai bagi menilai keberkesaan program- program penyebaran fatwa di peringkat negeri di Malaysia oleh Jabatan Mufti masing-masing.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0582-65-8 ORGANIZED BY:Centre for the Promotion of Knowledge and Language Learning Universiti Malaysia Sabah CO-ORGANIZERS:Center for Core Studies, International Islamic University College Selangor (KUIS) Islamic Studies Research Center, School of Liberal Arts, Walailak University, Thailand UMS Four Wheel Drive Volunteer Club (4WDVC) Department of National Unity and Integration (JPNIN)
Uncontrolled Keywords: Penyebaran, Fatwa, Kirkpatrik Model of Evaluation, Keberkesanan.
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 30 Jul 2018 01:00
Last Modified: 30 Jul 2018 01:00
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/24479

Actions (login required)

View Item View Item