mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kepimpinan instruksional pemimpin sekolah dan kompetensi fungsional guru dalam menghadapi pengajaran dan pembelajaran abad ke 21

Ismail, Siti Noor and Don, Yahya and Husin, Fauzi and Daud, Yaakob Kepimpinan instruksional pemimpin sekolah dan kompetensi fungsional guru dalam menghadapi pengajaran dan pembelajaran abad ke 21. In: UNSPECIFIED.

[thumbnail of report akhir geran CoE.docx] HTML
Restricted to Registered users only

Download (249kB) | Request a copy

Abstract

Pendidikan abad ke-21 memfokuskan tiga komponen utama iaitu pengetahuan teknologi, pengetahuan pedagogi dan pengetahuan kandungan atau kurikulum. Kesemua komponen ini perlu dioptimumkan di peringkat penggerak kepada kecemerlangan sekolah, iaitu pihak pentadbir sekolah dan para guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan instruksional pentadbir sekolah dan tahap kompetensi fungsional guru. Seterusnya, kajian ini dilakukan untuk melihat hubungan antara tahap kepimpinan instruksional dengan tahap kompetensi fungsional guru, mengenal pasti dimensi-dimensi kepimpinan instruksional yang menyumbang kepada tahap kompetensi fungsional guru dan seterusnya meneroka apakah faktor-faktor yang menyumbang kepada tahap kompetensi fungsional guru di sekolah. Kajian ini melibatkan seramai 225 orang responden guru yang mengajar di sekolah berprestasi tinggi di negeri Kedah. Instrumen soal selidik soalan berkaitan kepimpinan instruksional pentadbir sekolah telah diadaptasi dari instrumen ‘Principal Instructional Management Rating Scale’ yang direka bentuk oleh Hallinger dan Murphy (1985), manakala instrumen bagi tahap kompetensi fungsional guru pula adalah berpandukan instrumen-instrumen yang berkaitan dengan kajian lepas dan telah diadaptasi daripada Modul Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) yang dibangunkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM (2014). Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya hubungan positif yang sangat kuat serta signifikan (r = .956, p = .000) antara kepimpinan instruksional pentadbir sekolah dan tahap kompetensi fungsional guru. Keputusan analisis regresi pula menunjukkan ketiga-tiga pemboleh ubah bebas dapat menjelaskan sebanyak 15.1% varians dalam pemboleh ubah bersandar (R2 = .151, F (2, 214) = 80.74, p < 0.01), di mana dimensi Mempromosi Iklim Pembelajaran Sekolah menunjukkan pengaruh yang lebih kuat terhadap tahap kompetensi fungsional guru, seterusnya, diikuti oleh dimensi Mengurus Kurikulum dan Pengajaran dan dimensi Mendefinisi Misi Sekolah. Dapatan temu bual pula menunjukkan bahawa faktor sikap, kemahiran dan pengetahuan guru merupakan faktor yang menyumbang kepada tahap kompetensi fungsional guru di sekolah. Akhir sekali, model kompetensi fungsional guru dibina bersama-sama dengan model sekolah cemerlang yang merangkumkan kesemua elemen penting dari pemboleh ubah terlibat yang berasaskan kepada pembelajaran dan pengajaran abad ke 21.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Uncontrolled Keywords: Kepimpinan instruksional, kompetensi fungsional guru, iklim pembelajaran sekolah, misi sekolah, pembelajaran abad ke 21.
Subjects: L Education > L Education (General)
Divisions: School of Language, Civilisation and Philosophy
Depositing User: Mr. Che Hasan Hashim
Date Deposited: 11 Jul 2019 03:35
Last Modified: 11 Jul 2019 03:35
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26196

Actions (login required)

View Item View Item