mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Malaysia menuju negara tua: apakah yang boleh dipelajari daripada pengalaman negara Jepun?

Abdul Hamid, Ahmad Shukri and Mokhtar, Norliza (2018) Malaysia menuju negara tua: apakah yang boleh dipelajari daripada pengalaman negara Jepun? Human Sustainability Procedia. pp. 406-419.

[thumbnail of INSAN 2018 406 419.pdf]
Preview
PDF
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (669kB) | Preview

Abstract

Dalam tempoh masa sekitar sedekad sahaja, Malaysia akan berhadapan dengan realiti baharu, iaitu menjadi sebuah negara tua. Penuaan adalah fenomena global yang telah, sedang dan bakal menjadi realiti bagi kebanyakan negara di dunia. Merujuk pengalaman negara lain yang sudah pun menjadi negara tua, cabaran yang perlu didepani adalah amat besar dan memerlukan strategi tindakan yang sistematik. Jepun adalah antara negara tua yang sedang bergelut dengan pelbagai isu melibatkan warga emas. Sebagai sebuah negara maju yang berstatus kuasa ekonomi dunia,Jepun mempunyai kelebihan dari segi kewangan dan kemahiran teknikal, seperti teknologi robotik, dalam menangani cabaran tersebut. Bagaimanakah negara membangun seperti Malaysia, dengan keupayaan kewangan dan tahap kepakaran yang jauh lebih rendah, akan berdepan dengan cabaran yang sama? Sedekad bukanlah jangka waktu yang panjang bagi menghadapi situasi yang mencabar seperti ini. Justeru, artikel ini mengupas secara kritikal apakah yang boleh dipelajari daripada pengalaman negara Jepun, dengan membuat analisis terhadap situasi penuaan yang melibatkan kedua-dua negara dari aspek kesiapsiagaan, realiti semasa dan prospek akan datang.

Item Type: Article
Additional Information: (INSAN 2018 E-Proceeding) Johor Bahru, Johor, Malaysia, 7 – 8 November 2018
Uncontrolled Keywords: warga emas; negara tua; penuaan; penuaan Jepun
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 26 Nov 2019 01:22
Last Modified: 26 Nov 2019 01:22
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26610

Actions (login required)

View Item View Item