mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pelan strategik untuk menangani isu dan cabaran dalam pengurusan zakat perniagaan di Kedah

Sulaiman, Yaty and Abdul Rahman, Maria and Nik Mat, Nik Kamariah (2019) Pelan strategik untuk menangani isu dan cabaran dalam pengurusan zakat perniagaan di Kedah. In: International Conference on Zakat, Tax, Waqf And Economic Development (ZAWED), 1st – 2nd December 2019, Adya Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of ZAWED 2019 592 616.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (267kB) | Request a copy

Abstract

Sesebuah organisasi memerlukan strategi yang berkesan untuk bersaing dengan jayanya di pasaran. Ini kerana persekitaran berubah dengan pantas dan menjadi lebih berdaya saing. Untuk mengatasi perubahan perlu dapat membangunkan strategi yang berkesan. Pelan strategik adalah kerangka kerja untuk melaksanakan pemikiran, arah tuju dan tindakan strategik yang membawa kepada pencapaian hasil yang konsisten dan dirancang. Dalam konteks zakat, dengan pendekatan strategik salah satunya seperti Pengurusan Perhubungan Pelanggan dapat meningkatkan pengumpulan dana zakat sehingga dapat memberi beberapa kelebihan seperti kesinambungan kepuasan dan kesetiaan muzakki, pengedaran zakat yang berkesan dan pengurusan zakat dapat memberi lebih fokus terhadap visi, misi, dan objektif yang telah ditetapkan. Selain itu, tahap pengumpulan zakat yang rendah ini dipercayai dikaitkan dengan kaedah pengumpulan yang terhad dan perancangan strategi pemungutan dan pengumpulan dana yang lemah yang dilaksanakan oleh institusi zakat di kebanyakan negara Islam. Selain itu, kerana kekurangan penyelidikan tentang hubungan pematuhan pembayaran zakat dengan perancangan strategik, membenarkan mengapa penyelidik ingin menyelidiki kajian ini. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengukur tahap kepatuhan membayar zakat perniagaan di kalangan peniaga kecil ini dijalankan bagi meningkatkan dan memperbaiki pelan strategik pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah dan meningkatkan hasil kutipan zakat. Hasil dari kajian ini menunjukkan tahap kesedaran membayar zakat perniagaan di kalangan peniaga kecil negeri Kedah berada di tahap sederhana. Sampel kajian terdiri daripada golongan peniaga Muslim di sekitar bandar Alor setar, Jitra, Changloon dan Sintok. Hasil kajian ini boleh dimanfaatkan oleh pelbagai pihak dalam usaha meningkatkan kutipan zakat pada masa akan datang. Bagi meningkatkan jumlah kepatuhan peniaga dalam membayar zakat perniagaan, pejabat zakat perlu menggiatkan lagi promosi melalui jariangan sosial media dan menggiatkan aktiviti keusahawanan zakat agar dapat membantu golongan yang memerlukan serta meningkatkan ekonomi negara.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-2276-10-4 Organization by: Islamic Business School, Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah, Malaysia
Uncontrolled Keywords: Pelan strategik, kepatuhan, urus tadbir, kebolehpercayaan, kualiti perkhidmatan, promosi, kesedaran, Lembaga Zakat Negeri Kedah.
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 02 Jan 2020 06:33
Last Modified: 02 Jan 2020 06:33
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/26683

Actions (login required)

View Item View Item