mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Cabaran pengurusan disiplin sekolah masa kini

Mohd Ismail, Rahida Aini and Othman, Mohd Ismail (2020) Cabaran pengurusan disiplin sekolah masa kini. UUM Press, Sintok. ISBN 978-967-2363-16-3

Full text not available from this repository.

Abstract

Dewasa kini pengurusan disiplin pelajar di sekolah semakin rumit disebabkan pelbagai cabaran yang harus didepani oleh pihak pengurusan sekolah khususnya guru dan kakitangan sekolah. Hal ini disebabkan perkembangan teknologi maklumat (ICT) yang semakin pesat dan kewujudan dunia tanpa sempadan seterusnya meningkatkan lagi cabaran dalam alam pendidikan. Dalam menempuh cabaran pengurusan disiplin sekolah masa kini, pengetua, para guru, kakitangan sekolah, pihak berkepentingan seperti Persatuan Ibu bapa Guru (PIBG), ibu bapa, masyarakat, agensi-agensi kerajaan, pertubuhan kerajaan (NGO) termasuklah para pelajar sendiri perlu memainkan peranan masing-masing dalam usaha membentuk pelajar berdisiplin.Buku ini membincangkan masalah pengurusan disiplin pelajar dengan memberikan panduan asas dan praktikal tentang disiplin dan pengurusan disiplin untuk membantu pihak sekolah, para guru dan golongan pendidik terutama yang masih bertugas di sekolah, IPTA dan IPTS, termasuklah ibu bapa untuk sama-sama menangani masalah disiplin di sekolah mahupun di rumah demi kepentingan pendidikan di negara ini. Buku ini sesuai dijadikan panduan oleh para guru dan golongan pendidik, pensyarah di IPTA dan IPTS dalam menangani masalah disiplin para pelajar dan juga sesuai untuk rujukan ibu bapa.

Item Type: Book
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education > LB1603 Secondary Education. High schools
Divisions: UUM Press
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 25 Aug 2020 08:13
Last Modified: 25 Aug 2020 08:13
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/27376

Actions (login required)

View Item View Item