mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Putera Raja di Bumi Sintok

Abdul Ghani, Ahmad Bashawir and Saidon, Mohd Kasri and Saad, Ram Al Jaffri (2020) Putera Raja di Bumi Sintok. UUM Press, Sintok. ISBN 978-967-2363-05-7

Full text not available from this repository. (Request a copy)

Abstract

Delegrasi Kesultanan Negeri Kedah diteruskan oleh KDYMM Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah apabila ditabalkan sebagai Sultan Kedah yang ke-29 pada tanggal 12 September 2017 di Balairung Seri, Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Buku ini menceritakan mengenai kisah hidup, kronologi dan liku-liku kehidupan Baginda. Kisah hidup ini bermula daripada kehidupan awal Baginda semasa di Istana sehingga zaman persekolahan di Sekolah Melayu Alor Merah dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Atas saranan Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Baginda mengambil keputusan bagi menyertai latihan ketenteraan di Indian Military Academy, Dehradun, India.Sekembalinya ke tanah air setahun kemudian, Baginda terus menyertai pasukan tentera sebagai Leftenan Muda dan ditempatkan dalam Batalion 2 Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) berpangkalan di Pengkalan Chepa, Kelantan. Semasa di Batalion 2 RAMD juga, Baginda dinaikkan pangkat ke Leftenan. Semasa ini Baginda terlibat dalam banyak operasi bagi menjaga keamanan dan kedaulatan negara terutamanya ketika negara berada di era konfrontasi dan Insurgensi. Di Kelantan juga, Baginda telah bertemu jodoh dengan KDYMM Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff dan hasil perkahwinan tersebut, Baginda dikurniakan dua orang putera iaitu DYTM Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Sultan Sallehuddin dan YTM Dato’ Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin. Setelah bersama Batalion 2 RAMD, Baginda ditugaskan dalam pasukan Batalion 3 RAMD dan ditempatkan di Kem Kepala Batas, Alor Setar. Semasa bersama Batalion 3 RAMD, Baginda banyak terlibat dalam operasi di sempadan Malaysia-Thailand khususnya di kawasan Sintok yang suatu ketika dulu menjadi kawasan sasaran pengganas komunis. Banyak peristiwa dan kenangan Baginda semasa menjalankan operasi di kawasan Sintok dipaparkan dalam buku ini. Setelah berkhidmat selama 10 tahun dalam pasukan tentera, dengan pangkat Kapten, Baginda mengundurkan diri pada tahun 1974. Namun, setelah lebih 40 tahun Baginda meninggalkan bumi Sintok, dengan takdir Allah SWT, Baginda kembali ke Sintok sebagai Canselor Universiti Utara Malaysia pada 18 November 2017. Sesungguhnya, kawasan Sintok inilah menjadi medan sejarah yang dahulunya bergelora dengan ancaman musuh bertukar menjadi medan ilmu mendidik anak bangsa.

Item Type: Book
Subjects: D History General and Old World > DS Asia
Divisions: UUM Press
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 17 Sep 2020 06:41
Last Modified: 17 Sep 2020 06:41
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/27482

Actions (login required)

View Item View Item