mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Penggunaan alat penggera keselamatan (Unity Alarm) sebagai langkah pencegahan jenayah dalam komuniti di Jajahan Kota Bharu Kelantan

Syed Hussain, Tuan Pah Rokiah and Ismail, Hamidi and Abu Bakar, Mohammad Zubir and Mariyappan, Raman (2020) Penggunaan alat penggera keselamatan (Unity Alarm) sebagai langkah pencegahan jenayah dalam komuniti di Jajahan Kota Bharu Kelantan. In: The International Seminar on Regional Politics, Administration and Development 2020 (INSORPAD2020), 14-15 October 2020, STISIPOL Raja Haji, Riau, INDONESIA.

[thumbnail of INSORPAD 2020 803 813.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (237kB) | Request a copy

Abstract

Kerancakan proses pembandaran yang berlaku di negara ini telah menjadi faktor penyumbang ke arah peningkatan kadar perlakuan jenayah dalam komuniti. Namun, bagaimanakah reaksi atau persediaan penduduk untuk menangani isu berkenaan iaitu sama ada bersedia terhadap pemasangan penggera keselamatan atau inovasi baharu (Unity Alarm) dalam mencegah jenayah di kawasan kediaman mereka. Dalam kajian ini persoalan terhadap tahap persediaan dalam kalangan penduduk diukur melalui tiga konstruk iaitu pengetahuan, perasaan dan tindakan bagi menentukan tahap persediaan mereka dalam penggunaan penggera keselamatan (unity alarm) untuk mencegah perlakuan jenayah. Kawasan kajian adalah merangkumi Jajahan Kota Bharu, Kelantan dengan pemilihan tiga jenis lokasi perumahan iaitu mewah, sederhana dan rendah. Metod kajian adalah secara kuantitatif dengan menggunakan soal selidik secara rawak mudah terhadap 384 ketua isi rumah (responden) dengan pembahagian sebanyak 128 responden bagi setiap jenis rumah. Analisis hasil kajian bagi menjawab persoalan kajian adalah menggunakan deskriptif dan ANOVA Sehala. Hasil kajian secara keseluruhannya mendapati tahap persediaan menggunakan penggera keselamatan (unity alarm) di kediaman pula menunjukkan bahawa penduduk taman perumahan mewah dan sederhana lebih bersedia menggunakan alat penggera keselamatan berbanding penduduk perumahan kategori rendah. Seterusnya, bagi hasil kajian mengenalpasti perbezaan demografi penduduk terhadap tahap kesediaan melalui konstruk kategori umur, bangsa, pendapatan isirumah dan, bilangan isirumah menunjukkan tiada perbezaan namun, terdapat dua konstruk demografi penduduk yang menunjukkan perbezaan iaitu kategori kawasan tempat tinggal (perumahan mewah, sederhana dan rendah) dan taraf pendidikan responden yang menentukan perbezaan terhadap kesediaan penduduk menggunakan unity alarm di kediaman mereka. Justeru, diharapkan dengan adanya kajian seperti ini dapat membantu penduduk ke arah persediaan yang lebih baik dalam melaksanakan projek unity alarm bagi usaha pencegahan jenayah dan merealisasikan matlamat Dasar Perpaduan Negara yang digerakkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN).

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN 978-967-16057-8-3 Jointly organized by: Stisipol Raja Haji, Tanjungpinang, Indonesia School of Government, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: Kesediaan, Kota Bharu, Pengaruh Demografi, Unity Alarm
Subjects: H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Divisions: School of Government
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 11 Jan 2021 00:04
Last Modified: 11 Jan 2021 00:04
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/27549

Actions (login required)

View Item View Item