mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Sijil audit dan penarafan indeks akauntabiliti pengurusan kewangan pihak berkuasa tempatan di Kedah, 2002-2019

Zahrin, Zuriana and Mohamad, Siti Syuhadah (2020) Sijil audit dan penarafan indeks akauntabiliti pengurusan kewangan pihak berkuasa tempatan di Kedah, 2002-2019. In: The International Seminar on Regional Politics, Administration and Development 2020 (INSORPAD2020), 14-15 October 2020, STISIPOL Raja Haji, Riau, INDONESIA.

[thumbnail of INSORPAD 2020 459 469.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (256kB) | Request a copy

Abstract

Indeks Akauntabiliti Pengurusan Kewangan merupakan indikator kerajaan untuk memperkasa tahap pematuhan kewangan agensi awam. Tinjauan kajian lepas sering menggariskan isu-isu berkaitan ketirisan dan salah guna dana dalam kalangan pegawai awam. Justeru, tulisan ini umumnya meneliti prestasi pengurusan kewangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kedah bagi tahun 2002 hingga 2019. Data diperoleh daripada Laporan Audit Negara pelbagai tahun dan analisis deskriptif berbentuk pola dan trend dibuat bagi mengenal pasti jenis sijil audit dan skor indeks akauntabiliti (IA) pengurusan kewangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara (JAN) terhadap pelaporan kewangan 11 PBT di Kedah. Dapatan kajian menunjukkan tidak ada perbezaan signifikan dengan dapatan kajian yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji pada dua dekad yang lalu. Tulisan ini mendapati majoriti 63 peratus (n=7) PBT masih mendapat Sijil Berteguran (UO) dengan rekod teguran yang kerap membabitkan daftar rekod seperti Buku Vot, Daftar Harta Modal, Buku Log yang tidak diselenggarakan dengan memuaskan selain perbelanjaan melebihi peruntukan yang diluluskan. Walaupun demikian, keseluruhan IA yang dikeluarkan oleh JAN sejak tahun 2007 hingga 2019 menunjukkan skor ‘Cemerlang’ sebanyak 33.9 peratus (n=20), ‘Baik’ sebanyak 59.3 peratus (n=35) dan ‘Memuaskan’ sebanyak 6.8 peratus (n=4) kepada 11 PBT di Kedah. Sepanjang tempoh 18 tahun tersebut, majoriti PBT di Kedah dilihat telah berusaha meningkatkan tahap akauntabiliti dan pematuhan pengurusan kewangan masing-masing ekoran rekod yang lebih baik ditunjukkan saban tahun.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: eISBN 978-967-16057-8-3 Jointly organized by: Stisipol Raja Haji, Tanjungpinang, Indonesia School of Government, Universiti Utara Malaysia
Uncontrolled Keywords: sijil audit, indeks akauntabiliti pengurusan kewangan, pihak berkuasa tempatan.
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5601 Accounting
Divisions: School of Government
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 31 Dec 2020 01:56
Last Modified: 31 Dec 2020 01:56
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28044

Actions (login required)

View Item View Item