mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Maklumat keselamatan pekerjaan industri pembinaan Malaysia: Sejauh mana tahap kebolehbantuan dan kepuasan pekerja asing terhadap medium penyampaian sedia ada?

Salleh, Nurul Azita and Hashim, Rushanim (2019) Maklumat keselamatan pekerjaan industri pembinaan Malaysia: Sejauh mana tahap kebolehbantuan dan kepuasan pekerja asing terhadap medium penyampaian sedia ada? In: Emerging Business Strategies for Sustainability. School of Technology Management and Logistics (STML), Universiti Utara Malaysia Sintok, pp. 103-127. ISBN 978-967-2276-12-8

[thumbnail of 978-967-2276-12-8 103 127.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (229kB) | Request a copy

Abstract

Sesungguhnya, industri pembinaan merupakan sebuah industri yang kompleks dan merbahaya dengan suasana persekitaran kerja yang berisiko tinggi serta mempunyai kepelbagaian bidang dan tenaga kerja yang berpotensi untuk mengalami kemalangan, kecederaan serta kematian di tapak bina (Mohamed Khodeir & Salaheldine, 2018; Vitharana, Subashi De Silva & Sudhira De Silva, 2015). Namun, dalam memahami dan melaksanakan setiap bidang kerja di tapak bina ini, maka adalah penting pihak yang bertanggungjawab dapat menyampaikan arahan kerja serta maklumat keselamatan ini dengan berkesan. Hal ini adalah bagi memastikan setiap kefahaman yang dicapai dapat diaplikasikan sekaligus menjamin hasil dan kualiti pelaksanaan kerja serta jaminan keselamatan diri. Berhubung risiko kemalangan yang sering berlaku di tapak bina, maka adalah penting maklumat keselamatan ini diketahui terlebih dahulu oleh pekerja sebelum memulakan kerja di tapak bina. Maklumat keselamatan ini sebenarnya adalah melibatkan beberapa aspek perlindungan diri, peraturan serta cara kerja selamat di samping penyediaan persekitaran kerja yang kondusif bagi mencegah individu yang bekerja mengalami kecederaan atau kesan kesihatan dari kerja yang dilakukan. Lazimnya, maklumat keselamatan pekerjaan ini diterima oleh pekerja semasa menghadiri Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan iaitu satu kursus awal yang wajib dihadiri sebelum memasuki tapak bina. Namun, isunya adalah sejauh manakah maklumat keselamatan di dalam kursus ini difahami oleh pekerja asing? Sebelum itu, mari kita kenali terlebih dahulu siapakah itu pekerja asing dan Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan.

Item Type: Book Section
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mrs. Norazmilah Yaakub
Date Deposited: 14 Jan 2021 03:31
Last Modified: 14 Jan 2021 03:31
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28084

Actions (login required)

View Item View Item