mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap pengetahuan pelajar Universiti Utara Malaysia tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

Mansor, Nurul Nur Fatiah and Osman, Wan Nadzri (2020) Tahap pengetahuan pelajar Universiti Utara Malaysia tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Symposium on Technology Management and Logistics (STML Go Green) 2019: Management of Technology, Volume 1, 1 (24). pp. 58-60. ISSN eISBN: 978-967-2296-21-0

[thumbnail of STMLGG 01 24 2020 58-60.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (139kB) | Request a copy

Abstract

Industri 3.0 bakal melabuhkan tirainya dan akan digantikan dengan revolusi perindustrian yang lebih kehadapan iaitu Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Dunia hari ini semakin mendekati revolusi 4.0 dan ia merupakan sesuatu yang amat berlainan sekali. Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) merupakan pembaharuan yang jauh dari jangkaan dan imaginasi kita sebelum ini. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengkaji tahap pengetahuan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) dan tahap kesediaan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) untuk menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Sampel kajian adalah 101 responden pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM). Data kajian dikumpulkan menggunakan soal selidik dan analisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) 25. Hasil daripada analisis yang dilakukan, keputusan menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar Universiti Utara Malaysia tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) adalah di tahap sederhana, manakala keputusan analisis bagi kesediaan pelajar Universiti Utara Malaysia untuk menghadapi cabaran Revolusi industri 4.0 ( IR 4.0) adalah tinggi. Hasil kajian ini diharapkan memberi maklumat penting kepada pihak Universiti Utara Malaysia dan para pelajarnya dalam usaha meningkatkan pengetahuan pelajar Universiti Utara Malaysia tentang Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0). Akhir sekali, diharapkan kajian ini akan menjadi titik permulaan untuk pengkaji lain mengkaji tentang Revolusi Industri 4.0 kerana Revolusi Industri 4.0 penting pada masa hadapan dan penyelidik menyarankan kepada pihak pengurusan untuk meningkatkan bilangan subjek atau seminar mengenai Revolusi Industri 4.0 kepada pelajar dan juga pensyarah.

Item Type: Article
Uncontrolled Keywords: Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), pengetahuan, UUM
Subjects: H Social Sciences > HD Industries. Land use. Labor > HD28 Management. Industrial Management
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mrs Nurin Jazlina Hamid
Date Deposited: 26 Sep 2021 07:58
Last Modified: 26 Sep 2021 07:58
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/28328

Actions (login required)

View Item View Item