UUM Repository | Universiti Utara Malaysian Institutional Repository
FAQs | Feedback | Search Tips | Sitemap

Keistimewaan parlimen dan hak kebebasan bersuara: Peranan wakil rakyat di parlimen


Ahmad, Rusniah (2009) Keistimewaan parlimen dan hak kebebasan bersuara: Peranan wakil rakyat di parlimen. Kanun jurnal undang-undang Malaysia, 21 (4). pp. 1-9. ISSN 0128-2670

[img] PDF
Restricted to Registered users only

Download (287kB)

Abstract

Sistem demokrasi berparlimen mempunyai berbagai-bagai kelebihan dan juga kelemahan.Sebagai suatu sistem kerajaan pilihan masa kini, ia tidak dapat lari daripada menghadapi berbagai-bagai cabaran dari segi praktiknya.Malahan ukuran bagi sesebuah kerajaan yang baik dan efektif adalah apabila masyarakat dapat menerima sistem ini dan mengamalkannya.Secara teorinya, sistem sebegini telah dianggap sistem kerajaan yang sepatutnya mendapat pengiktirafan semua negara di dunia.Secara teorinya juga, ia digambarkan sebagai suatu sistem yang mempunyai rantaian impak yang positif sekiranya amalan sama seperti teori.Sudah semestinya perkara ini tidak selalunya berlaku kerana mereka yang terlibat dalam amalan boleh memanipulasikan teori untuk kepentingan masing-masing.Perkara ini masih boleh berlaku walaupun sistem kerajaan itu mempunyai negara yang berdaulat dan perlembagaan yang memperuntukan hak dan obligasi kerajaan/pemerintah dan rakyat.Adanya peruntukan mengenai pembahagian kuasa merupakan salah satu daripada agenda untuk mencapai suatu sistem kerajaan yang terkawal.

Item Type: Article
Additional Information: Makalah 1
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: College of Law, Government and International Studies
Depositing User: Prof. Madya Dr. Rusniah Ahmad
Date Deposited: 24 Mar 2014 06:55
Last Modified: 24 Mar 2014 06:55
URI: http://repo.uum.edu.my/id/eprint/9621

Actions (login required)

View Item View Item