mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Kajian terhadap tahap patriotisme dalam kalangan belia Perak

Ahmad Sabri, Ahmad Zaharuddin Sani and Abdul Aziz, Abdul Rahman and Shafie, Shahidan and Nordin, Mohamed Nor Azman (2014) Kajian terhadap tahap patriotisme dalam kalangan belia Perak. In: Perbincangan meja bulat untuk membincangkan hasil kajian bertajuk Tahap Patriotisme di kalangan Belia Perak, 4 Mac 2014, Kinta Riverfront Hotel, Ipoh, Perak. (Unpublished)

[thumbnail of Ah Za.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (3MB) | Request a copy

Abstract

Dalam membentuk jati diri sebuah negara bangsa ke arah mencapai Wawasan 2020, semangat patriotisme di kalangan belia merupakan satu perkara yang perlu dipandang serius. Semangat jati diri cintakan negara dalam setiap individu akan menjadi asas kukuh pembentukan negara termasuk mempertahankan kedaulatan serta kemerdekaan yang dikecapi lebih 50 tahun yang lalu. Penyelidikan ini telah dijalankan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan politik dan tahap semangat patriotisme di kalangan belia negeri Perak. Soal selidik telah digunakan sebagai instrumen dan melibatkan 91 1 responden di sepuluh daerah. Pemilihan sampel dalam penyelidikan kuantitatif ini dilakukan secara rawak berstratifikasi. Data penyelidikan dianalisis menggunakan kaedah statistik deskriptif dan inferensi serta ujian korelasi Pearson untuk mengenal pasti hubungan antara pengetahuan politik dengan tahap semangat patriotisme terhadap negara dalam kalangan belia di negeri Perak. Kajian mendapati bahawa terdapat hubungan antara pengetahuan politik dan semangat patriotisme di kalangan belia negeri Perak.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Anjuran: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, Universiti Utara Malaysia
Subjects: J Political Science > JQ Political institutions Asia
Divisions: Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir Mohamad
Depositing User: Dr. Haji Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri
Date Deposited: 22 Jul 2014 03:06
Last Modified: 23 May 2016 01:21
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/11665

Actions (login required)

View Item View Item