mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Tahap kepuasan dan masalah penyertaan pengamal kerja perkhidmatan sosial wanita NGO Islam dalam keusahawanan sosial di Kedah dan Perlis

Wan Ahmad, Wan Ibrahim and Wan Abdullah, Wan Abd Rahman Khudzri and Shaffie, Fuziah (2014) Tahap kepuasan dan masalah penyertaan pengamal kerja perkhidmatan sosial wanita NGO Islam dalam keusahawanan sosial di Kedah dan Perlis. In: International Social Development Conference 2014 (ISDC 2014), 12 – 13 August 2014, Bayview Hotel Langkawi, Malaysia.

[thumbnail of 18.pdf] PDF
Restricted to Registered users only

Download (330kB) | Request a copy

Abstract

Usahawan sosial ialah individu yang bergiat aktif dalam aspek keusahawanan sosial.Sebagai seorang usahawan sosial, mereka bertanggungjawab secara sosialnya mencari idea baru dan pendekatan yang sesuai bagi menjana kemajuan ekonomi untuk dimanfaatkan oleh semua golongan dalam masyarakat. Oleh itu tujuan makalah ini ialah untuk menganalisis penyertaan pengamal kerja perkhidmatan sosial wanita NGO Islam dalam keusahawanan sosial dengan tumpuan khusus ke atas tahap kepuasan dan masalah yang mereka hadapi dalam penyertaan tersebut.Data untuk makalah ini asalnya diambil daripada satu penyelidikan yang dilakukan untuk menganalisis penyertaan pengamal kerja perkhidmatan sosial pertubuhan sukarela Islam dalam keusahawanan sosial di Utara Malaysia. Untuk mencapai hasrat ini sejumlah 41 orang wanita Islam pengamal kerja perkhidmatan sosial telah ditemubual.Mereka ini dipilih daripada pelbagai pertubuhan sukarela Islam yang terdapat di negeri Kedah dan Perlis, Malaysia.Data dikumpulkan melalui temu bual bersemuka yang dijalankan di pertubuhan sukarela yang telah dikenalpasti sebelumnya.Hasil kajian menunjukkan wanita Islam pengamal kerja perkhidmatan sosial ini terlibat dalam 14 buah pertubuhan sukarela Islam yang terdapat di negeri Kedah dan Perlis, yang kebanyakannya secara sambilan.Wanita ini kebanyakannya berumur dalam lingkungan 40 tahun, dan mereka sebahagian besarnya berpuas hati dengan penyertaan mereka dalam pertubuhan sukarela Islam.Hasil kajian juga menunjukkan di antara masalah yang mereka sering hadapi dalam penyertaan ialah kewangan, karenah birokrasi, karenah masyarakat, kekangan masa, sokongan kerajaan, sokongan masyarakat dan sokongan keluarga. Sebagai rumusannya, dapatlah dikatakan walaupun wanita ini menghadapi pelbagai masalah dalam penyertaan, tetapi kebanyakan mereka berpuas hati dengan penyertaan mereka dalam keusahawan sosial.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: ISBN: 978-967-0474-74-8 Organized by: School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia
Subjects: H Social Sciences > HV Social pathology. Social and public welfare
Divisions: School of Applied Psychology, Social Work & Policy
Depositing User: Prof. Madya Dr. Wan Ibrahim Wan Ahmad
Date Deposited: 28 Jan 2015 06:26
Last Modified: 26 May 2016 02:14
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/13204

Actions (login required)

View Item View Item