mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Pengurusan Islam: Model alternatif pengurusan moden

Aziz, Ahmad Bashir (2015) Pengurusan Islam: Model alternatif pengurusan moden. Universiti Utara Malaysia Press, Sintok. ISBN 978-967-0876-09-2

Full text not available from this repository. (Request a copy)
Official URL: http://uumpress.com.my/

Abstract

Pengurusan merupakan salah satu aspek penting yang diberikan penekanan dalam pembangunan dan kemajuan sesebuah negara melibatkan proses perancangan, penyusunan kakitangan, pembuatan keputusan, dan pengawalan operasi organisasi. Bertitik tolak dari sini, pengurusan dianggap sebagai prasyarat kemajuan dan tunggak pembangunan sesebuah negara. Penerimaan model pengurusan masakini adalah lebih kepada model dan teori pengurusan konvensional yang hanya merujuk kepada rasional akal pemikiran manusia dalam menghuraikan fakta, kaedah dan fenomena semasa yang diketengahkan dalam mencapai matlamat pembangunan pengurusan.Pada dasarnya, akal yang dimiliki manusia gagal menghasilkan pokok atau asas pengurusan dan kemampuan manusia hanya terhad kepada menyusun strategi, struktur dan sistem yang akan sentiasa berubah berasaskan zaman.Perkara-perkara asas ini dari perspektif Islam adalah cetusan wahyu (al-Quran dan al-Sunnah).Wahyu tidak memperincikan persoalan strategi dan struktur, kerana persoalan tersebut diletakkan kepada kebijaksanaan manusia menguruskan alam berasaskan realiti masa.Oleh yang demikian, buku ini akan cuba memperincikan beberapa perkara asas yang menjadi tunjang pengurusan moden.

Item Type: Book
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
Divisions: Islamic Business School
Depositing User: Dr. Ahmad Bashir @ Zolmat Aziz
Date Deposited: 10 Jun 2015 12:58
Last Modified: 12 Apr 2016 07:42
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/14402

Actions (login required)

View Item View Item