mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Perniagaan berpusat di rumah: Kajian profil peribadi, keluarga dan perniagaan di kalangan usahawan di Daerah Kubang Pasu, Kedah

Ramli, Azahari and Mustafa, Munauwar and Ismail, Mohd Azril and Ahmad Shakir, Khairunnisak (2013) Perniagaan berpusat di rumah: Kajian profil peribadi, keluarga dan perniagaan di kalangan usahawan di Daerah Kubang Pasu, Kedah. In: Conference on Business Management Research 2013, December 11, 2013, EDC, Universiti Utara Malaysia, Sintok.

[thumbnail of 32.pdf]
Preview
PDF
Download (413kB) | Preview

Abstract

Perniagaan berpusat di rumah (Home-based business, HBB) merupakan perniagaan mikro yang banyak dijalankan oleh wanita berbanding lelaki sebagai usaha untuk menambah pendapatan peribadi, keluarga dan lain-lain sebab. Pada masa ini, kurang perhatian yang diberikan oleh penyelidik tempatan menyebabkan maklumat profil peribadi, keluarga dan perniagaan usahawan ini kurang diketahui walhal umum telah mengetahui bahawa kegiatan ini telah lama dan ramai yang mengusahakannya.Bagi memenuhi kekurangan tersebut lantaran kepentingan untuk membantu golongan ini perlu disedarkan kepada umum, maka penyelidik telah mengambil langkah awalan mengkaji profil-profil tersebut.Kajian ini telah dilakukan di daerah Kubang Pasu, Kedah dan akibat daripada tiada maklumat mengenai populasi kajian, maka kaedah snow ball telah digunakan sebagai kaedah persampelan kajian.Hasilnya, seramai 91 orang responden telah terlibat dalam kajian ini di mana mereka telah ditemui oleh enumerator kajian. Dapatan kajian menunjukkan wanita lebih ramai terlibat dalam HBB berbanding lelaki dan lebih 90% responden menyatakan tujuan dan pendorong mereka terlibat dalam kajian ini disebabkan untuk mendapatkan punca pendapatan.Dapatan kajian, dijangka dapat membantu penyelidik lain untuk memperbanyakkan kajian mengenai HBB. Selain itu, kajian ini diharap dapat menyedarkan pihak kerajaan supaya diadakan bantuan-bantuan sewajarnya kepada golongan usahawan ini bagi membantu mereka mengembangkan lagi perniagaan masing-masing di masa hadapan.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Additional Information: Organized by: School of Business Management, College of Business, Universiti Utara Malaysia.
Uncontrolled Keywords: Perniagaan berpusat di rumah, perniagaan mikro, keusahawanan.
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: School of Business Management
Depositing User: Mr. Azahari Ramli
Date Deposited: 10 Dec 2015 07:06
Last Modified: 19 Apr 2016 01:52
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/16387

Actions (login required)

View Item View Item