mailto:uumlib@uum.edu.my 24x7 Service; AnyTime; AnyWhere

Faktor kebergunaan dan kemudahgunaan terhadap niat penggunaan e-dagang di kalangan industri kecil dan sederhana di Sabah

Romli, Ruslan and Mat, Norazuwa and Naul, Franky (2013) Faktor kebergunaan dan kemudahgunaan terhadap niat penggunaan e-dagang di kalangan industri kecil dan sederhana di Sabah. In: Conference on Business Management Research 2013, December 11, 2013, EDC, Universiti Utara Malaysia, Sintok.

[thumbnail of 37.pdf]
Preview
PDF
Download (637kB) | Preview

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menentukan penerimaan e-dagang di kalangan pengurusan atasan Industri Kecil dan Sederhana di Sabah dari persepktif niat bertingkah laku untuk menggunakan e-dagang. E-dagang merujuk kepada proses penyediaan, pembelian dan penjualan maklumat, produk atau perkhidmatan dengan bantuan rangkaian komputer dan telekomunikasi yang menggunakan teknologi internet untuk tujuan komersial.Teori kajian ini diadaptasi daripada Model Penerimaan Teknologi (TAM) dengan memasukkan dua pembolehubah tidak bersandar dan satu pembolehubah bersandar.Pembolehubah tidak bersandar merangkumi persepsi kebergunaan dan persepsi kemudahgunaan.Manakala pembolehubah bersandar ialah niat bertingkah laku untuk menggunakan e-dagang.Data diperolehi menggunakan instrumen soal selidik melibatkan 550 responden yang terdiri daripada pengurusan atasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Sabah. Bagaimanapun, hanya 281 borang soal selidik yang diterima lengkap dan diambil kira untuk tujuan analisis. Kadar respon daripada responden ialah 51.1%. Analisis dilakukan menggunakan ujian deskriptif, korelasi dan regresi berganda.Ujian deskriptif adalah untuk mengetahui frekuensi dan peratusan profil responden.Ujian korelasi pula untuk mengetahui hubungan di antara dua pembolehubah tidak bersandar iaitu persepsi kemudahgunaan dan persepsi kebergunaan.Manakala ujian regresi berganda untuk mengetahui signifikan di antara dua pembolehubah tidak bersandar dengan satu pembolehubah bersandar.Hasil daripada kajian menunjukkan 37.4 peratus responden mempunyai niat bertingkah laku untuk menggunakan e-dagang.Di samping itu, persepsi kemudahgunaan mempunyai hubungan yang signifikan dengan persepsi kebergunaan.Hasil ujian regresi berganda menunjukkan persepsi kebergunaan dan persepsi kemudahgunaan mempunyai pengaruh positif ke atas niat bertingkah laku menggunakan e-dagang.Hasil daripada dapatan kajian, beberapa perbincangan dan cadangan telah dikemukakan dalam kertas projek ini.

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Subjects: H Social Sciences > HB Economic Theory
Divisions: School of Technology Management & Logistics
Depositing User: Mr. Ruslan Romli
Date Deposited: 10 Dec 2015 07:14
Last Modified: 19 Apr 2016 02:01
URI: https://repo.uum.edu.my/id/eprint/16392

Actions (login required)

View Item View Item